Kecoh di media sosial apabila screenshot satu kumpulan di Facebook memaparkan seorang lelaki dengan kanak-kanak dikatakan sebagai ‘anak ikan’ dihentam hebat netizen. Penularan isu itu mendapat perhatian aktivis masyarakat, Syed Azmi yang kesal dengan penyebaran gambar anak bawah umur secara terbuka.
Artikel berkaitan: Pemangsa Pedofilia Di Mana-Mana, Syed Azmi Kesal Netizen Buat Anak Kecil Makin Terancam
Rupa-rupanya, di sebalik isu itu, ada kisah lain yang tersembunyi di sebalik kecaman netizen. Tak disangka-sangka, kesahihan screenshot berkenaan dipertikai dan ada yang tampil menjelaskan keadaan sebenar.
Keluarga lelaki tampil beri penjelasan
Seorang wanita, Nurul Afida tampil menyatakan gambar lelaki yang didakwa sebagai pemangsa pedofilia itu sebagai sepupunya manakala anak kecil itu adalah anak saudara kepada lelaki itu. Nurul Afida juga mempersoal bukti sepupunya itu menjadikan anak saudaranya sebagai mangsa nafsu anehnya.
Akan buat laporan fitnah
Wanita itu mendakwa dia mengenali sepupunya itu dan yakin lelaki itu bukanlah seperti yang disangka. Tambahnya, sepupunya itu akan membuat laporan polis berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.
Gambar 6 tahun lepas
Gambar yang digunakan juga dipercayai adalah gambar lama iaitu 6 tahun lalu. Pengguna Facebook juga menyarankan kepada lelaki berkenaan supaya segera bertindak untuk membersihkan namanya dari terus tercemar.
Sumber: Isaac Scherbatsky