berita

Posing ‘Berpelukan’ Macam Dah Kahwin, Elisya Sandha & Tunang Ditegur

May 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Beraya bersama tunang memang perkara yang bahagia. Lebih-lebih lagi apabila insan yang tersayang datang ke rumah dan beraya bersama bakal keluarga masing-masing.

Artikel berkaitan : ‘Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu sis’ – Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Dah Tinggal Sekali

Artikel berkaitan : Majlis Tunang Artis Semasa PKP, Netizen ‘Report’ Kepada Ismail Sabri

Artikel berkaitan : ‘Jika Ingin Berkahwin, Bakal Isterinya Mestilah Elisya..’ – Anak Sheila Rusly & Elisya Sandha Selamat Bertunang

Baru-baru ini tular mengenai kisah pelakon Elisya Sandha bersama tunangnya, Uzair Haqimy yang dilihat sedang berpelukan dalam gambar yang dimuat naik oleh tunangnya itu.

Posing berpelukan ketika raya bersama keluarga

Menerusi gambar dimuat naik oleh Uzair Haqimy yang merupakan anak sulung kepada penerbit serta pelakon, Sheila Rusly di Instagramnya, kelihatan mereka berdua sedang posing ‘berpelukan’ ketika merayakan Aidilfitri bersama keluarganya.

Gambar posing ‘berpelukan’ berkenaan telah menarik perhatian para netizen kerana ‘keintiman’ mereka berdua walaupun masih belum ada ikatan yang sah dan ada juga yang menyamakan mereka seperti mereka sudah berkahwin.

‘Sporting parents, aku nak tangkap gambar pun segan’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menegur tindakan pasangan berkenaan kerana dikatakan ‘kurang manis’ apabila melihat mereka sedang berpelukan dan hubungan mereka masih belum halal lagi.

Sumber : uzairhaqimy69

SKIP THIS AD ×