berita

Postpaid & Prepaid Celcom Percuma Sepanjang Tahun? Ini Cara Mudah Nak Menang!

January 8th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Sekejap je dah masuk tahun 2020. Korang mesti bersemangat giler dengan azam baru masing-masing kan? Tak kisahlah kalau korang terpaksa carry forward azam tahun lepas sekali pun, yang penting semangat tu kena ada.

Tapi kalau korang nak mood lagi onz, apa kata korang rebut peluang untuk menang ganjaran hebat daripada Celcom melalui Boost! Kalau korang nak tahu, Celcom kini berkolaborasi bersama Boost iaitu salah satu aplikasi e-wallet rasmi di bawah inisiatif program e-Tunai Rakyat.

Menariknya, kalau korang claim RM30 e-Tunai Rakyat melalui Boost dan berbelanja dengan Celcom, banyak giler hadiah dan ganjaran menanti korang termasuklah 100% cashback untuk bil postpaid sepanjang tahun. Nak tahu macam mana cara nak menang? Baca artikel ni sampai habis ya!

Berbelanja serendah RM10 dan nikmati RM5 cashback!

Bagi pengguna yang baru kali pertama menggunakan Boost, korang cuma perlu berbelanja serendah RM10 di mana-mana cawangan bluecube, kedai atas talian Celcom, reload Celcom Xpax atau buat pembayaran bil postpaid (semua ni wajib bayar melalui Boost tau) untuk enjoy pulangan tunai bernilai RM5!

Kredit prepaid percuma setiap bulan!

Kalau korang nak tahu, Celcom Xpax dan Boost berbesar hati nak bagi kredit prepaid PERCUMA bernilai RM30 setiap bulan selama 1 tahun kepada pelanggan bertuah Celcom Xpax. Siapa tak seronok kalau tiap-tiap bulan dapat kredit prepaid percuma kan? Sepanjang tahun pulak tu.

Haa.. cara nak menang senang je, korang cuma perlu reload minimum RM30 melalui aplikasi Boost atau Celcom Life App (buat bayaran melalui Boost tau). Lepas tu, korang juga akan dapat 2GB internet percuma serta merta sah untuk 7 hari. Memang berbaloi!

Tak payah bayar bil sepanjang tahun?

Ya guys, bukan setakat kredit prepaid je free, pengguna Celcom postpaid pun ada ganjaran hebat jugak. Bagi korang yang buat pembayaran bil postpaid di mana-mana cawangan Celcom bluecube atau melalui aplikasi Boost, korang tak payah bayar bil postpaid sepanjang tahun sebab berpeluang menang ganjaran 100% cashback bernilai RM50 setiap bulan selama 1 tahun.

Dan kalau korang upgrade Pelan Postpaid, daftar Pelan Baru, atau beli Device Bundle terbaharu di bluecube kemudian terus bayar menggunakan Boost pun korang ada chance jugak untuk menang 100% cashback bagi pembayaran bil postpaid. Fuh, untunglah!

Pengguna XP Lite™ pun untung berganda

Haa.. bagi korang yang melanggan pelan asas XP Lite™ (RM28) + L Pass (RM30) pula, korang boleh enjoy L Pass secara percuma untuk bulan seterusnya.

Paling best, korang juga berpeluang untuk menang ganjaran 100% Cashback bayaran bil percuma selama 1 tahun bernilai RM50 setiap bulan! Ini adalah Celcom Online Shop ekslusif tau! Tapi, makesure korang bayar bil guna aplikasi Boost atau Celcom Life App kalau nak menang.

Bayar bil atau reload Celcom guna Boost sekarang!

So, korang tunggu apa lagi tu? Lepas ni admin pun memang reload dan bayar bil Celcom guna aplikasi Boost je la. Lebih senang, cepat dan untung pun berganda-ganda.

Kesemua tawaran hebat ini hanya sah bermula 13 Januari sehingga 15 Mac 2020 saja tau. Korang lambat, confirm rugi! Sebarang maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang Celcom hari ini juga!

SKIP THIS AD ×