berita

Postpartum Depression Bukan Kemurungan, Ini Beza Kedua-Duanya Yang Ramai Tak Tahu

November 14th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Postpartum depression atau meroyan adalah tekanan emosi yang kebiasaannya dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini lebih mudah tertekan, kepenatan dan cepat marah. Oleh itu, sokongan suami dan keluarga adalah sangat penting sebelum ianya ‘memakan diri’.

Di Twitter, artikel mengenai bayi ditikam 90 kali oleh ibu kerana menggigit semasa menyusu menjadi pendebatan ramai. Kejadian yang berlaku pada 2013 itu mengakibatkan bayi mendapat lebih 100 jahitan.

Women are trash?

Seorang pengguna Twitter menggelarkan wanita ‘trash’ gara-gara menikam anak sendiri menggunakan gunting akibat tidak tahan digigit ketika menyusu. Pelbagai respon yang diterima orang ramai dan rata-rata tidak bersetuju dengan gelaran yang diberi. Oleh itu, seorang individu tampil menjelaskan apa itu ‘Postpartum Depression’ dan kenapa ianya tidak boleh dibandingkan dengan penyakit kemurungan.

Postpartum depression bukan kemurungan

Menurut individu ini, postpartum depression (PPD) bukan penyakit kemurungan. PPD tidak boleh disamakan dengan penyakit kebimbangan atau kemurungan seperti Major Depressive Disorder (MDD). Tambahnya, antara tiga jenis utama PPD adalah psychosis. Psychosis tidak termasuk dalam kategori MDD.

Pendek kata, orang yang mengalami kemurungan adalah masih waras sementara wanita yang mengalami postpartum depression-psychosis adalah tidak waras. Mereka berhalusinasi dan melakukan sesuatu diluar batas sedar.

Tak boleh samakan dengan murung stress kerja

Katanya lagi, fizikal dan biologi seorang wanita mengandung sangat berbeza kerana telah mengalami perubahan hormon secara drastik. Satu daripada lima wanita akan mengalami tekanan malah akan melarat jika tidak ditangani dengan cara betul.

Sumber : PSAcatto

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×