
Setiap individu pasti pernah melakukan kesilapan, namun apabila melibatkan isu curang dalam hubungan, keputusan untuk memaafkan dan menerima kembali pasangan bukanlah sesuatu yang mudah.
Artikel Berkaitan: POV XTRA: Pasangan Curang Patut Dimaafkan? Tony Eusoff Pesan Jangan Buka Pekung Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: Izzue Islam Nafi Suka Tayang Kebahagiaan Dalam Media Sosial – ‘Kenangan, Supaya Jangan Gaduh Lama-Lama’
Wajar beri peluang kedua
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Menerusi segmen POV XTRA penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam berkongsi pandangannya apabila ditanya sama ada seseorang individu patut memaafkan pasangan yang pernah berlaku curang.
Menurut Izzue, setiap manusia layak diberikan peluang kedua kerana tiada sesiapa yang sempurna dan bebas daripada melakukan kesilapan.
Semua orang layak menerima peluang kedua sebab kita bukan manusia sempurna. Semua orang pernah melakukan salah dan silap.
Memaafkan itu tiada masalah, tetapi untuk menerima kembali terpulang kepada individu.
Tak mudah melupakan
Bagaimanapun, Izzue mengakui meskipun seseorang mampu memberikan kemaafan, pengalaman disakiti mungkin sukar untuk dilupakan sepenuhnya.
Memaafkan mungkin senang, tetapi melupakan itu yang susah. Itu yang pertama.
Yang kedua, untuk menerima kembali terpulang kepada hak masing-masing, sama ada mereka mahu individu yang pernah menyakiti hati itu masih berada dalam hidup mereka atau tidak.
Fikiran dan hati tenang
Bagi Izzue, kemaafan tidak semestinya bermaksud hubungan tersebut perlu disambung semula. Sebaliknya, ia boleh menjadi satu langkah untuk membebaskan diri daripada kemarahan, dendam dan beban emosi.
Tetapi pada saya, apabila kita memaafkan seseorang, hikmahnya adalah kita akan berasa tenang dan fikiran juga tidak terbeban.
Orang yang melakukan kesalahan juga akan rasa tenang walaupun dia pernah melakukan satu kesilapan besar. Apabila mengetahui seseorang sudah memaafkan kita, itu memberikan satu perasaan yang berbeza.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
