
Di sebalik kesibukannya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam menyimpan dua doa yang cukup sederhana, namun membawa makna besar dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: #SkoolXTRA: Tak Nakal, Tapi Kena ‘Buang’ Jawatan Sebagai Pengawas? Izzue Islam Imbau Momen Lucu Zaman Sekolah
Artikel Berkaitan: “Bukan Hari Ini Minta, Esok Terus Jadi” – Di Sebalik Senyuman Izzue Islam, Ada Perjalanan Yang Penuh Sabar
Mahu semua orang bahagia
POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.
Ketika menjawab soalan POV XTRA mengenai satu doa yang mahu terus dikabulkan, Izzue mengakui dia sebenarnya mempunyai dua permintaan.
Doa pertamanya bukanlah untuk kemasyhuran, kekayaan atau kejayaan dalam kerjaya. Sebaliknya, anggota kumpulan Forteen itu berharap agar semua manusia di dunia dapat menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan.
Kalau ada satu doa yang saya nak terus dikabulkan sekarang, ada dua sebenarnya.
Pertama, saya nak minta semua dalam satu dunia ini, saya nak semua orang bahagia dan jangan sedih.
Walaupun kedengaran ringkas, jawapan tersebut memperlihatkan sisi empati Izzue yang tidak hanya memikirkan tentang dirinya sendiri.
Dalam dunia yang dipenuhi pelbagai tekanan, kesedihan dan cabaran, Izzue berharap agar setiap individu diberikan ruang untuk merasai kebahagiaan serta tidak terus dibelenggu perasaan duka.
Mohon doa dikurniakan cahaya mata
Namun, doa keduanya lebih dekat dengan kehidupan peribadinya. Dengan penuh jujur, Izzue menyatakan hasrat untuk dikurniakan cahaya mata.
Kedua, saya nak ada baby.
Jawapan pendek itu membawa harapan yang cukup besar buat Izzue. Ia juga menggambarkan di sebalik segala pencapaian dalam dunia seni, terdapat sebuah impian peribadi yang masih terus dipanjatkan dalam setiap doa.
Kadangkala, doa yang paling dekat di hati tidak memerlukan kata-kata panjang. Cukup dengan satu permintaan yang dilafazkan secara jujur, seperti harapan Izzue untuk melihat semua orang bahagia dan suatu hari nanti dikurniakan zuriat.
Semoga segala doa dan impian baik Izzue Islam dipermudahkan serta dikabulkan pada waktu yang paling indah.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

