berita

Pra-tempah HUAWEI MatePad Pro sekarang untuk mendapat hadiah bernilai lebih dari RM1,000

April 3rd, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Selepas majlis pelancaran flagship terbaru HUAWEI P40 secara dalam talian di pasaran Malaysia semalam, HUAWEI terus memperkukuhkan rangkaian jenamanya dengan memperkenalkan model tablet terbaru, HUAWEI MatePad Pro.

Bagi kami, HUAWEI MatePad Pro merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kerana ciri-ciri yang dimilikinya setanding dengan telefon pintar siri Mate sehingga mendapat gelaran model tablet terbaik dalam dunia Android. Nak jadi yang pertama memilikinya? Korang boleh pra tempah kat SINI.

8 sebab korang tidak boleh hidup tanpa HUAWEI MatePad Pro 

1. Peranti flagship dengan teknologi paling latest!

Berada dalam siri Mate, jadi tak hairanlah jika HUAWEI MatePad Pro berjaya menjadi model tablet terbaik ketika ini. MatePad Pro merupakan satu-satunya tablet di dunia yang mempunyai Full View HUAWEI dengan skrin 10.8-inci dan paparan 16:10 body ultra nipis. Selain itu, ia turut mempunyai nisbah screen to body tertinggi di dunia pada kadar 90% dengan 4.9mm bezels ultra-sempit di sekitar paparan simetri (edge to edge).

HUAWEI MatePad Pro juga merupakan tablet pertama di dunia yang dilengkapi dengan ciri pengecasan berbalik (reverse wireless charging) di mana pengguna boleh menggunakan peranti lain yang menyokong pengecasan. Awesome wei!

2. Nikmati pengalaman baru dengan HUAWEI APP Multiplier

Melakukan pelbagai tugas dalam satu masa merupakan satu kebiasaanya pada masa sekarang. Kadang-kadang sampai terpaksa menggunakan 2 skrin atau 2 peranti dalam satu masa. Ini sebab mengapa HUAWEI memperkenalkan orientasi landskap dengan HUAWEI APP Multiplier pada HUAWEI MatePad Pro.

Tak seperti pecahan skrin tipikal, APP Multiplier adalah satu-satunya ciri dari peranti Android yang menawarkan pecahan skrin pada aplikasi yang sama. Dengan mod landskap, korang boleh memaparkan 2 maklumat yang berbeza pada skrin tablet korang. Paling menarik, kedua-dua skrin ini boleh beroperasi secara serentak dan boleh diselaraskan saiznya dengan menyeret ke kiri atau kanan.

3. Pengalaman interaktif baru dengan HUAWEI Share

Dengan menggunakan teknologi EMU10, HUAWEI Share membolehkan kolaborasi  antara multiskrin. Mempunyai fungsi 2 peranti dalam 1 skrin, ia membolehkan HUAWEI MatePad Pro dan telefon pintar HUAWEI korang berkongsi skrin, sekaligus berupaya untuk memindahkan fail dan melihat senarai kenalan dengan lebih jelas di paparan tablet.

Melalui paparan pada skrin tablet, korang boleh mengawal dua skrin dalam satu masa. Manakala, menerusi paparan telefon pintar, korang boleh mengakses tablet dan mengawal papan kekunci, skrin dan bunyi. Ini pastinya mencipta pengalaman baru untuk korang.

4. Tonton drama dan video lucu dengan HUAWEI Video

 

Memperkenalkan HUAWEI Video, aplikasi baru yang bakal memasuki pasaran Malaysia tak lama lagi. Aplikasi ini menawarkan hiburan antarabangsa yang meluas untuk korang nikmati. Antaranya, TVB, Mango TV, Kini TV, Daily Motion, Stingray, dimsum, BBC News dan banyak lagi.

HUAWEI Video menawarkan lebih 1,000 video yang korang boleh tonton secara serentak pada 2 peranti yang berbeza. Selain itu, korang juga boleh sewa filem sehingga 48 jam melalui aplikasi ni. Menarik kan?

Buat pengguna MatePad Pro, korang boleh mendapat akses percuma selama 3 bulan tau. Bukan itu saja, semua pengguna HUAWEI sedia ada di Malaysia juga boleh menikmati 1 bulan akses premium HUAWEI Video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Korang jangan risau, platform video dalam talian lain seperti Netflix dan Viu masih boleh dimuat turun dari HUAWEI AppGallery. Untuk akses premium ke Youtube pula, korang boleh ikut prosedur di sini untuk muat turun Youtube Vanced dan nikmati semua kandungan video tanpa gangguan iklan.

5. Ubah gaya kerja korang jadi lebih stylo!

Amalan bekerja dari rumah sudah biasa dipraktikkan di negara luar dan termasuklah Malaysia sejak wabak COVID-19 melanda. Jadikan HUAWEI MatePad Pro sebagai teman kerja dan pelengkap gaya korang.

HUAWEI MatePad Pro mempunyai mod PC yang membolehkan tablet ni menjadi PC hanya dengan menyambungkannya ke papan kekunci magnet pintar. Ditambah pula dengan HUAWEI M-Pensil, memang puaslah korang nak mencatat nota atau menulis pada paparan skrin 10.9.

Dengan ciri-ciri seperti Multi-Window dan APP Multiplier, korang juga boleh multitask dengan mudah sebab boleh buat pecahan skrin. Lagi best bila HUAWEI menawarkan semua pengguna MatePad Pro, cloud storage HUAWEI sebanyak 50GB HUAWEI secara percuma dan ianya sah selama 12 bulan. Tapi, ini siapa cepat dia dapat ya.

6. Kongsi perspektif baru kehidupan dengan HUAWEI MEETime

Satu lagi teknologi eksklusif yang diperkenalkan HUAWEI iaitu MEETime. Teknologi ini bakal membuka satu dimensi baru dalam dunia panggilan video. Semasa sedang membuat panggilan video, korang boleh berkongsi skrin untuk membuat nota dan suntingan dalam masa yang sama.

Kalau korang nak gunakan MEETime, pastikan ada sambungan WiFi atau LTE dan cari je kenalan yang menggunakan fungsi yang sama untuk berhubung.

7. Hampir semua pengguna puas hati!

Semasa pelancaran kali pertama di China pada tahun lalu, HUAWEI MatePad Pro telah berjaya memperoleh tahap kepuasaan 100% atau lima bintang dalam kalangan pengguna baru. Ini bukan satu yang mudah untuk sebuah tablet!

8. Pra tempah sekarang dan rebut hadiah bernilai sehingga RM1000*

Psst..kami nak share sikit ni. Kalau korang buat pra tempahan HUAWEI MatePad Pro hari ni, korang akan menerima pelbagai hadiah best seperti Smart Magnetic Keyboard (bernilai RM499) dan HUAWEI M-Pencil (bernilai RM299)*

* Sementara stok masih ada

Selain tu, kalau korang pra tempah HUAWEI MatePad Pro, korang boleh dapat 3 bulan akses percuma WPS Office Premium. Korang boleh nikmati perkhidmatan yang disediakan secara percuma seperti WPS Cloud storage, templat eksklusif atas talian dan file conversion bagi memenuhi semua keperluan perniagaan, dari memo, spreadsheets dan dokumen kerjasama.

Korang juga boleh menikmati HUAWEI Cloud Storage sehingga 50GB dan 3 bulan akses premium ke HUAWEI Video macam yang kami bagitau kat atas tadi.

Jom pra tempah HUAWEI MatePad Pro dan jadi antara yang pertama memilikinya!

Bermula dengan harga RM2399 (8GB RAM + 256GB ROM + edisi WiFi), tablet ini hadir dalam 2 warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White. Kami berani jamin korang mesti jatuh cinta punyalah kalau dah menggunakan HUAWEI MatePad Pro ni.

Untuk lebih banyak kejutan, korang boleh terokai HUAWEI AppGallery yang menawarkan banyak aplikasi menarik yang tiada di Malaysia. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePadPro atau produk-produk terbaru keluaran HUAWEI seperti HUAWEI Pro 40 HUAWEI P40 Series, HUAWEI WATCH GT2e, HUAWEI Mate Xs HUAWEI Mate 30 Pro 5G atau HUAWEI Nova 7i terus je ke Facebook HUAWEI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×