berita

Prasarana Selaraskan Harga Pas MyCity Bagi Perjalanan Tanpa Had Menggunakan Pengangkutan Awam!

April 8th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Pas MyCity

Korang pengguna pengangkutan awam, Rapid KL kendalian Prasarana?

Guna Pas MyCity tak?

Kalau ye, ini beberapa maklumat terkini yang perlu korang tahu tentang penyelarasan harga Pas MyCity.

Guna pengangkutan awam tanpa had dengan Pas MyCity !

Pas MyCity

Bagi yang belum tahu, Pas MyCity mula diperkenalkan pada tahun 2019. Pas ini adalah pas perjalanan tanpa had khusus untuk pengguna Rapid KL.

Dengan adanya pas perjalanan ini, korang boleh guna kesemua pengangkutan awam seperti perkhidmatan LRT, MRT, Monorail, BRT, Rapid Bus, bas perantara LRT dan MRT di sekitar Lembah Klang hanya pada 1 harga bagi tempoh yang telah ditetapkan.

Apa yang penting korang ada Touch ‘n Go dan langgan Pas MyCity.

Harga Pas MyCity kini telah diselaraskan bermula 8 Mac 2024!

Pas MyCity

Seiring dengan peluasan jajaran rel di Lembah Klang dengan pembukaan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sepenuhnya pada tahun 2023 serta pembukaan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam pada awal tahun 2025, harga Pas MyCity 1 hari telah diselaraskan pada 8 Mac 2024 yang lalu.

Walau bagaimanapun, harga bagi Pas MyCity 3 hari masih dikekalkan pada kadar yang sama.

Pas MyCity kembali diperkenalkan bagi pengguna bukan warganegara!

Bukan itu sahaja, bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Kuala Lumpur, pihak Prasarana memperkenalkan semula Pas MyCity bagi pengguna bukan warganegara Malaysia.

Inisiatif ini dijangka dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelancongan khususnya di Lembah Klang.

Berikut adalah harga terkini bagi perkhidmatan Pas MyCity:

Dapatkan Pas MyCity di semua Kaunter Khidmat Pelanggan LRT, MRT, Monorel, BRT atau di hab bas terpilih.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi atau media sosial Rapid KL, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Rapid KL di nombor +603-7885 2585.

 

 

SKIP THIS AD ×