
Pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan memfailkan cerai terhadap isterinya, Azizah Salsha yang didakwa wujud orang ketiga dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai Selepas Empat Bulan Kahwin
Artikel Berkaitan: Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Tinggal Sebumbung – ‘Tak Perlulah Saya Kongsikan Dari Bila’
Ramai tawar diri untuk jadi calon isteri

Pergolakan rumah tangga Pratama dan Azizah tular apabila punca penceraian mereka tersebar di media sosial.
Susulan itu, netizen turut menyerang hantaran Pratama yang dilihat masih belum menurunkan foto bersama bekas isteri.
Selain itu, kebanyakan wanita juga dilihat menawar diri untuk menjadi calon isteri kepada pemain bola sepak Indonesia tersebut.
Azizah kantoi curang




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan yang dilakukan Azizah terhadap Pratama apabila didakwa tidak jujur dalam melayari bahtera perkahwinan. Selain itu, warganet turut membanjiri komen di hantaran lama Pratama untuk menurunkan foto bersama Azizah kerana dianggap tidak layak berada di akaun rasminya.
Sebelum ini, Arhan dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Azizah secara senyap-senyap tanpa sebarang kenyataan terbuka daripada kedua-dua pihak.
Untuk rekod, Arhan dan Azizah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2023.
Sumber: Instagram @pratamaarhan8








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)