berita

Kontroversi Kepit Piala Celah Kangkang, Ini Sebab Presiden PAFA Lepas Jawatan

November 8th, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah kemenangan pasukan Perak, tersebar foto Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim posing dengan piala berprestij berkenaan di celahan kangkangnya. Foto itu kemudiannya mendapat kecaman ramai yang merasakan tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Desakan demi desakan dibuat oleh pelbagai pihak supaya Hasnul meletakkan jawatannya. Namun, Hasnul kemudiannya membuat kenyataan media untuk mempertahankannya.

Tiada desakan

Terbaru, Hasnul dilaporkan meletakkan jawatannya sebagai Presiden PAFA setelah dilantik pada Kongres Tahunan ke-60 persatuan itu pada Julai lalu.

Walaubagaimanapun, menurut Hasnul, keputusan diambilnya itu bukanlah atas desakan mana-mana pihak tetapi dilakukan kerana mahu memberikan lebih tumpuan kepada kerjaya politik dan tugas beliau sebagai seorang pemimpin di DUN Titi Serong.

Sebab-sebab perletakkan jawatan ini, saya fikir ada fokus lebih besar untuk saya sebagai seorang pemimpin kerajaan negeri dan juga kerjaya politik.

Tidak ada desakan daripada mana-mana pihak. Cuma saya memikirkan ada sesuatu yang saya perlu fikirkan secara positif. Sejak menilai seminggu dua ini, penumpuan kerja saya agak sedikit terganggu.

Fokus saya (kepada PAFA) tidak pernah hilang, sehinggalah kepada lewat sehari dua ini, saya kira perlu melakukan sesuatu. Sukan ini perlu diteruskan dengan cara yang lebih sihat.

Tidak ada unsur-unsur yang cuba menyakiti pihak lain, dan saya tegaskan kami yang berada di sini tiada kepentingan peribadi dalam menerajui PAFA.

5 bulan paling mencabar

Tambahnya lagi, tempoh diberi jawatan itu selama hanya lima bulan merupakan tempoh yang cukup mencabar untuknya. Dia turut menegaskan telah menunaikan janjinya membawa Piala Malaysia ke Perak seperti dinyatakan dalam satu sidang media.

Tempoh lima bulan yang saya menerajuinya (PAFA) ialah satu tempoh yang sangat mencabar, satu pengalaman hidup yang sukar diperolehi oleh mana-mana orang.

Ketika saya memegang jawatan ini dalam sidang media pertama saya, saya (mengatakan) ingin membawa pasukan Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Saya kira saya telah melaksanakannya, dan pada masa yang sama siapa sangka Perak menjuarai Piala Malaysia setelah 18 tahun kita menagih piala itu ke bumi Perak.

Sumber: Semuanya Bola

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×