Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas ‘Kita Prihatin’. Menerusi perutusan itu, Muhyidding memaklumkan kerajaan telah bertungkus lumus berusaha membangunkan semula ekonomi Malaysia ekoran pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Menyedari akan kesusahan rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.
Bagi isi rumah golongan B40, kerajaan akan memberi bantuan sebanyak RM1000 dan golongan bujang pula bakal menerima RM500. Manakala, isi rumah golongan M40 bakal menerima RM600 dan golongan bujang pula RM300.
Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN2.0. Kerajaan akan salur bantuan secara terus kepada penerima yang telah diluluskan. Kerajaan juga akan memberi peluang dan rayuan buat permohonan baru.
Tambah beliau, bayaran akan dibuat dalam dua ansuran. Pertama, pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada bulan 10 Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 sebanyak RM300.
Sumber: TV3