
Pempengaruh dan usahawan Prince Syed dan isteri, Fatin Syazwani Ishak hadir di Mahkamah Majistret Klang hari ini bagi mengikuti prosiding berkaitan kes membabitkan keluarga mentuanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Komplikasi Yang Dialami Tiada Kena Mengena Dengan Pembedahan Bariatrik’ – Doktor Isteri Prince Syed
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salahnya Kalau Cerita Dari Awal? Kami Tiada Hak Ke?’ – Adik Ipar Prince Syed
Prince Syed, isteri tiba di mahkamah
Memetik laporan Harian Metro, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media. Pasangan itu tiba bersama peguam yang dipercayai mewakili mereka.
Ibu bapa mentua serta dua adik ipar Prince Syed iaitu Aminah Haniffa (55), Ishak Saif (59), Muhammad Ikhwan Alif Ishak (22), dan Muhd Syahmi Faiz Ishak (31) kelihatan memasuki pekarangan mahkamah sekitar jam 9.08 pagi.
Difahamkan, Aminah, Ishak dan Muhammad Ikhwan dipercayai dituduh di bawah Seksyen 323/34 Kanun Keseksaan, manakala Muhd Syahmi Faiz dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, empat beranak itu ditahan susulan satu insiden pertikaian antara mereka dengan Prince Syed di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai pada 2 November lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, sebelum ini mengesahkan bahawa Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan berhubung kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dari lokap IPD Klang Selatan pada 3 November.
Kemelut keluarga ini tercetus selepas tular satu video memaparkan Aminah hadir ke sebuah rumah sambil mendakwa menantunya menghalang anak serta cucunya daripada berjumpa dengannya.
Dalam video sama, Aminah turut membuat dakwaan bahawa Prince Syed menjadikan Fatin Syazwani untuk sebagai ‘tikus makmal’ bagi tujuan pembedahan bariatrik demi mempromosikan produk pelangsingan badan.
Sumber: Harian Metro