
Perkongsian pempengaruh dan usahawan, Prince Syed yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 tahun pada Isnin telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K
Sambutan mewah & meriah

Menerusi Facebook, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memuat naik video dirinya dan isteri yang mengenakan busan bertemakan ‘Bollywood’ sewaktu majlis sambutan tersebut.
Apa yang mencuri perhatian tentunya kek mewah yang ditempah khas Prince Syed bagi meraikan ulang tahun kelahirannya.
Ujar Prince Syed, kek yang dipenuhi dengan bunga emas dan juraian rantai berhuruf ‘S’ itu diperbuat daripada emas 916 dan mencecah RM200,000.
Kek Emas 916 bernilai RM200,000 dipenuhi dengan bunga-bunga emas dibahagian atas kek dan jurai rantai berhuruf ‘S’ sempena nama saya iaitu Syed.
Alhamdulillah, syukur genap lah usiaku 33 tahun untuk tahun ini.
Bukan itu sahaja, Prince Syed turut berkongsi mengenai isterinya yang mengenakan barang perhiasan bernilai hampir RM2 juta ketika majlis berlangsung.
Isteri mengenakan perhiasan emas dan berlian bernilai hampir RM 2 juta dari atas sampai bawah.
Penampilan saya siapkan dan berinspirasikan pelakon terkenal Bollywood, Sridevi.
Di akhir perkongsian, Prince Syed menitipkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk merasai pinjaman Allah SWT.
Posting Prince Syed
Sumber: Facebook






![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)
