berita

Priyanka Chopra Terima Anting-Anting RM332k Dari Ibu Nick Jonas, Bertuahnya!

December 3rd, 2018 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, perkahwinan penyanyi Nick Jonas dan bintang Bollywood Priyanka Chopra telah berlangsung dengan meriah di Istana Umaid Bhavan di Jodhpur, India. Ikatan romantis kedua mempelai ini telah berlangsung mengikut tradisi Kristian manakala Ahad lalu, pasangan ini menjalani upacara mengikut tradisi Hindu pula.

Dalam pada itu, ibu kepada Nick Jonas, Denise telah menghadiahkan sepasang anting-anting jenama Van Cleef & Arpels berharga kira-kira AS$79,500 (RM332,665) kepada menantunya.

170 butir permata

Anting-anting koleksi ‘The Snowflake’ Van Cleef and Arpels

Sepasang anting-anting daripada koleksi The Snowflake bertatahkan berlian berkualiti tinggi. Menurut deksripsi di laman web Van Cleef & Arpels, reka bentuk anting-anting ini turut memberi makna iaitu ‘impak suci, bersih dan berkilau’. Anting-anting ini dipilih sendiri oleh ibu Nick Jonas, anting-anting 6.7-karat itu adalah daripada gabungan antara emas dan berlian iaitu sejumlah 170 butir permata semuanya.

Perkahwinan gilang-gemilang

https://www.instagram.com/p/Bq2Y95tH9NL/

Meriah sungguh

https://www.instagram.com/p/Bq4sB7WHWR0/

Sumber: Priyanka, Nick Jonas

SKIP THIS AD ×