Tak dinafikan, pelbagai gelagat rakyat Malaysia dapat dilihat di media sosial semasa membuang undi, semalam. Antaranya ialah jurusolek terkenal, MUA Bellaz yang mencuri perhatian warga maya apabila dia memuat naik satu video di TikTok.
Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi
Tudung terbakar takut jem
Menerusi video tersebut, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat selamba memakai tudung yang sudah terkoyak ketika membuang undi, semalam.
Bercerita mengenai perkara itu, Bellaz memberitahu bahawa tudung tersebut ‘terbakar’ ketika dia tergesa-gesa menyeterika kerana tidak mahu terlewat dan terkandas dalam kesesakan lalu lintas untuk ke pusat mengundi.
Kalut nak keluar pergi mengundi, takut jem. Hampa tengok ni tudung kami terkoyak. Selit dekat leher, orang bukannya nampak.
Walau bagaimanapun, Bellaz menggunakan ‘taktik’ bagi menyembunyikan kesan terkoyak itu dengan meyelitkan bahagian tersebut pada leher.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Bellaz dan memuji kecantikannya. Malah, mereka akui kebanyakan para wanita turut menggunakan ‘taktik’ dan ‘kepakaran’ yang sama apabila berhadapan dengan situasi tersebut.
Video
@muabellazhmmm terbakorrr? Funny Song – Cavendish Music
Komen netizen
Sumber: TikTok