berita

PRN: ‘Mulanya Ingat Tak Mahu Mengundi’ – Azwan Ali Bangun Seawal 4.30 Pagi

August 12th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

 

Azwan Ali mengundi

Foto: Harian Metro

Pengacara Azwan Ali atau Diva AA antara pengundi paling awal yang keluar mengundi di SK Klang Gate, Setapak.

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi

Setiap undi berharga

DIVA AA PRN

Memetik laporan Harian Metro, Azwan, 57, memberitahu bahawa dia bangun seawal 4.30 pagi untuk bertolak dari Semenyih dan tiba di pusat pengundian itu pada jam 7 pagi.

Kata Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali, pada mulanya, dia tidak rasa mahu membuang undi.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah kerana mengundi adalah satu tanggungjawab.

Mulanya ingat tak mahu mengundi. Tapi kemudian tukar fikiran, kerana setiap undi berharga.

Sebab itu saya minta semua pengundi yang layak, keluarlah mengundi. Jangan tangguh lagi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu berlangsung pada pagi Sabtu hingga 5 petang.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×