berita

PRN: Pusat Undi Lengang, Khairul Aming Seru Rakyat Kelantan Keluar Mengundi

August 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Khairul aming prn

TikTokers terkenal iaitu Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, menerusi perkongsian di IG Story memaklumkan bahawa dia sudah selesai membuang undi pada pilihan raya negeri (PRN).

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Undi Adik-Beradik? No! Bukan Darah Daging Jadi Percaturan’ – Azwan Ali

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Mulanya Ingat Tak Mahu Mengundi’ – Azwan Ali Bangun Seawal 4.30 Pagi

Khairul Aming selesai mengundi

Khairul aming prn

Menurut anak kelahiran Kelantan ini, meskipun terlewat bangun tidur namun dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Hari ini datang mengundi, tapi pusat mengundi kosong tak ada orang.

Dalam kesempatan itu, Khairul Aming sempat mengajak penduduk Kelantan yang masih belum keluar mengundi untuk datang ke pusat mengundi dan melaksanakan amanah bagi menentukan kerajaan negeri pada masa hadapan.

Mari lah keluar mengundi adik kakak, yang mana belum mengundi tu.

Sementara itu, menerusi maklumat daripada MyUndi, negeri Kelantan menunjukkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 40% berbanding di Terengganu, 50%.

Sekadar info, Khairul Aming tercalon di TikTok Awards Malaysia 2023 menerusi ‘Creator of The Year’ bersaing bersama Noor Suhaili Mohamed Amin atau dikenali sebagai Auntie Purple. Orang ramai boleh mengundi calon pilihan mereka di TikTok dari 15 Ogos hingga 26 Ogos 2023.

Sumber: Khairul Aming

SKIP THIS AD ×