berita

PRN: ‘Undi Adik-Beradik? No! Bukan Darah Daging Jadi Percaturan’ – Azwan Ali

August 12th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Azwan Ali mengundi

Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA menjadi antara pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate, pagi tadi.

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Awal Tak Kalut..’ – Altimet Selesai Mengundi

Artikel Berkaitan: PRN: ‘Mulanya Ingat Tak Mahu Mengundi’ – Azwan Ali Bangun Seawal 4.30 Pagi

‘Bukan darah daging jadi percaturan’

Menerusi video pendek yang dimuat naik Malaysia Kini di Twitter, Azwan yang merupakan adik kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohammed Azmin memberitahu bahawa darah daging bukanlah menjadi ukuran dalam memilih pemimpin.

Hal ini kerana, dia lebih memilih calon yang boleh memimpin dan berkaliber.

Undi adik-beradik? No.Bukan darah daging jadi percaturan. Walaupun saya dah berpuluh kali beri kenyataan nak berbaik, dia tak endah pun. Bukan darah daging yang kita undi tetapi kita memilih pemimpin yang boleh memimpin.

Tambah Azwan Ali lagi, tidak ada gunanya jika memilih pemimpin yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sendiri mau ingat lah kan. Kami tak nak pemimpin yang tak buat apa.

Sekadar info, DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH)

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×