berita

Produk Baru Keluaran 7CAFè Yang Mesti Dicuba!

January 19th, 2023 | by Alia Natasha
Kini Trending

Seperti yang semua tahu 7-Eleven sering keluarkan produk baru yang sedap dan menarik!

Lebih-lebih lagi apabila 7-Eleven telah memperkenalkan 7CAFè di mana mereka menghidangkan pelbagai hidangan sedia untuk dimakan, minuman serta snek seperti croffle, kentang goreng dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan korang, 7CAFè ada mengeluarkan menu baharu iaitu WOW Pau yang mempunyai empat jenis flavour yang korang boleh cuba!

Roti yang gebu diisi dengan kepingan daging ayam yang disaluti dengan sos pilihan dan kegemaran korang! Tapi geng, yang pentingnya, WOW Pau ni HALAL jugak tau!

Antara flavour dari WOW Pau menu baharu 7CAFè!

Thai Lime Sauce

Untuk penggemar makanan Thai, korang mesti suka flavour ni!

Rasa keseimbangan sos masam dan pedas yang menyaluti isi ayam juicy dan rangup memang akan memuaskan korang.

So korang yang Thai lovers boleh lah dapatkan di 7CAFè yang berdekatan dengan korang.

Kam Heong Sauce

Untuk korang yang mungkin tak tahu, Kam Heong merupakan salah satu masakan Cina Malaysia yang terkenal.

Sos Kam Heong diperbuat daripada pelbagai rempah ratus yang membuatkan sos Kam Heong lebih unik dan aromatik.

Korang yang tak pernah try memang perlu cuba! 

Buttermilk Sauce

Min yakin WOW Pau Buttermilk Sauce ni mesti akan jadi pilihan utama korang sebab buttermilk tidak lagi  asing dan famous dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan rasa yang creamy, manis dan aroma bawang putih yang menyengat, pasti akan berikan rasa yang nikmat untuk korang.

Spicy Tteokbokki Sauce

Untuk korang yang sukakan makanan pedas atau makanan korea, sos Spicy Tteokbokki ni memang sesuai untuk korang. 

Kombinasi pedas dan manis dari sos gochujang mampu memuaskan kepedasan yang diinginkan.

Korean lovers mesti suka sos ni!

Harga yang berpatutan!

Bukan sahaja sedap malah harga dia pun berpatutan tau! Cuma RM 7.90 setiap satu.

Jom ramai-ramai cuba WOW Pau di 7CAFè berdekatan!

Untuk maklumat lanjut tentang WOW Pau dan produk keluaran 7CAFè yang lain, korang boleh layari laman web mereka di 7-Eleven dan Facebook 7-Eleven.

SKIP THIS AD ×