berita

Produk Makanan myChef Anjur Pertandingan “Gourmet Blog Experiance”

July 31st, 2012 | by Ai
Shout Out!

MyChef merupakan produk yang menyediakan pelbagai jenis makanan inovatif dan halal yang sedia untuk dimakan. Produk ini dipercayai mampu menyebarkan kebaikan bahan-bahan semulajadi dan ia disediakan dalam gaya kontemporari agar selesa dinikmati di rumah sendiri.

MyChef telah menganjurkan satu pertandingan “Gourmet Blog Experiance” untuk kalangan blogger. Pertandingan ini berlangsung sepanjang 1 hingga 31 Ogos 2012. Menerusi 5 orang tukang masak ternama serta merangkap duta produk, myChef telah menyediakan 14 variasi hidangan yang terdiri daripada masakan Melayu, Nyonya, Asia dan juga masakan Barat.

Selain itu, myChef turut menyediakan masakan yang popular dan hidangan istimewa daripada air tangan tukang masak terkenal seperti Florence Tan, Dato’ Chef Ismail, Chef Zainol dan juga tidak ketinggalan Chef Zam.

Menerusi momentum yang menggalakkan di media sosial, pihak myChef mensasarkan lebih seratus orang blogger untuk menyertai pengalaman gourmet yang dianjurkan oleh produknya. Dalam pertandingan ini, para blogger dikehendaki untuk mempamerkan kotak hidangan produk myChef sebagai bukti pembelian, dan mereka dikehendaki menulis di blog mereka tentang hidangan yang telah mereka hasilkan dengan cara yang paling kreatif.

Selain itu, melalui blog mereka sendiri, para blogger diminta untuk berkongsi pautan blog mereka di Facebook myChef dan menulis penerangan mengenai hidangan masakan yang telah mereka hasilkan. Penerangan tersebut hendaklah ditulis dalam 15 patah perkataan dan para blogger juga harus menarik peminat blog mereka untuk menyertai pertandingan ini.

Dalam pertandingan ini, sebuah panel hakim akan memilih soalan penyertaan yang paling kreatif dengan ‘likes’ yang paling banyak. Seterusnya, penyertaan mereka akan dibentangkan dan diadili oleh lima chef selebriti pada sesi makan malam yang dianjurkan oleh myChef. Penyertaan ini diadili dari segi keaslian, kreativiti, nilai kesihatan dan juga persembahan hidangan masakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pertandingan ini, anda boleh layari www.mychefreadymeals.com atau Facebook myChef di https://www.facebook.com/mychef.healthy.n.delicious

SKIP THIS AD ×