berita

Produk Penjagaan Bayi & Kanak-Kanak Serendah RM1, BZU BZU Ada Tawaran Hebat November Ini

November 9th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Kulit manusia ni ibarat span yang boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit. Bayi dan kanak-kanak paling risiko untuk mempunyai kulit sensitif. Jadi, korang sebagai ibu bapa kena la pilih produk penjagaan diri yang betul untuk diorang.

Kali ni kami nak kongsikan satu jenama produk penjagaan untuk bayi dan kanak-kanak yang korang boleh gunakan. Ia dijamin selamat dan anak-anak korang akan selesa menggunakannya. Paling syok, jenama ni ada tawaran hebat pada bulan November tahun ini!

BZU BZU, produk penjagaan terbaik untuk seisi keluarga

Pernah dengar jenama BZU BZU? Korang yang masih gunakannya sampai sekarang mesti bangga gila. BZU BZU adalah jenama penjagaan keluarga yang melindungi anak-anak di rumah. BZU sebenarnya ringkasan untuk Bisou, bermaksud ciuman yang penuh kasih sayang.

Rangkaian produk BZU BZU meliputi untuk kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Antaranya ialah bedak sejuk bayi, losyen sejuk bayi, sabun badan, syampu, baby wipes, hand sanitizer spray, pencuci tangan anti bakteria dan medical mask kanak-kanak. Lengkap untuk penjagaan seisi keluarga.

Untuk pengetahuan korang, produk BZU BZU untuk bayi yang berumur 0 hingga 3 tahun hanya mengandungi keperluan semula jadi. Manakala untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun diisi dengan vitamin dan nutrien untuk pertumbuhan dan perlindungan optimum. Serius bagus!

Selamat secara semula jadi & sangat berkesan!

Korang tak perlu risau kalau nak gunakan produk BZU BZU pada anak-anak. Ia selamat sebab tak ada bahan berbahaya seperti alkohol, paraben, silikon dan lain-lain. Hanya mengandungi bahan semula jadi premium, ia membantu untuk menyihat dan melindung kulit anak-anak korang.

Tiada sulfat tapi masih menghasilkan buih, macam mana tu?

Kami rasa ciri ini yang buatkan produk BZU BZU lain daripada lain. Walaupun tidak mengandungi sulfat, ia masih boleh menghasilkan buih yang banyak. Untuk pengetahuan korang, sulfat ni boleh hilangkan lapisan lemak semula jadi pada kulit. Kalau guna terlalu kerap, sangat bahaya tau.

Jadi, macam mana nak hasilkan buih yang banyak tanpa sulfat? Haa.. Bagi mengelakkan penggunaan sulfat, BZU BZU menggantikannya dengan minyak sayuran untuk menghasilkan buih. Memang unik dan luar biasa. Anak-anak korang pun mesti seronok main buih!

Sesuai untuk kulit anak-anak yang sensitif

Kulit anak korang jenis sensitif? Kalau korang gunakan produk BZU BZU kepada anak-anak korang, masalah terus selesai. Produk ni sangat sesuai digunakan pada kulit yang sensitif. Kulit anak-anak korang akan jadi lembut selepas menggunakannya.

Guna bahan semula jadi premium tapi harga berpatutan

Kami pun terkejut. Walaupun produk BZU BZU menggunakan bahan semula jadi premium, harga yang ditawarkan sangat berpatutan tau. Paling seronok, harga hanya bermula dari RM3 sehingga RM24.50 je. Murah macam ni, mak-mak mesti suka kan?

Kalau kami bagitahu korang boleh dapatkan produk BZU BZU dengan harga lagi murah, korang mesti seronok gila kan? Hehe..

Dapatkan BZU BZU Baby Wipes 30’s pada harga RM1 je di Watsons!

Surprise! Kalau korang nak tahu, BZU BZU ada tawaran hebat di Watsons bermula 13 hingga 15 November 2020 tau. Kalau korang beli mana-mana produk di Watsons, korang boleh dapat BZU BZU Baby Wipes 30’s dengan harga RM1 je. Murah gila oi!

Diskaun 10% untuk semua produk BZU BZU di Watsons!

Bukan tu je. Ada lagi! Semua produk BZU BZU ditawarkan diskaun 10% di Watsons. Geram betul tengok diskaun macam ni. Tak sangka boleh dapat produk BZU BZU lagi murah. Macam nak borong semua je.

Tawaran ini hanya terdapat di Watsons terpilih okay. Tak boleh lepaskan peluang ni. Serius berbaloi.

Jangan lupa bagitahu ada promosi produk BZU BZU di Watsons dengan keluarga dan kawan-kawan korang. Mana la tahu ada yang baru timang anak kan? Diorang mesti happy gila kalau dapat tahu ada promosi macam ni.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik mana-mana link di bawah ya.

Watsons: BZU BZU

Website: BZU BZU Global

Facebook: BZU BZU Malaysia

Instagram: @bzubzumalaysia

SKIP THIS AD ×