berita

Produk Perubatan Mengandungi Ganja Dibenarkan Mulai Tahun Hadapan – KJ

July 14th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan akan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja yang dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun hadapan.

Penggunaan ganja dalam perubatan

Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin memaklumkan keputusan tersebut dibuat berdasarkan kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Hasil kajian terbukti bahawa penggunaan kanabis atau ganja mampu membantu pesakit yang mengalami beberapa penyakit tertentu.

Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.

Namun, produk yang mengandungi CBD ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital untuk tujuan perubatan sahaja.

Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik.

Penggunaan CBD untuk penyakit tertentu

Sekadar gambar hiasan

Tambah Khairy Jamaluddin, NPRA akan menilai produk-produk yang diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal sebelum didaftarkan. Bukan itu sahaja, pihak bertanggungjawab akan meneliti kesahihan, data keselamatan dan keberkesanan produk CBD berkenaan.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa penyelidik dari Universiti Malaya untuk melaksanakan ujian klinikal bagi penggunaan CBD bagi penyakit untuk situasi perubatan tertentu.

Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan ramai yang menghantar usul supaya penanaman ganja dibenarkan namun beliau akui bahawa setakat ini pihak mereka belum terfikir ke arah tersebut.

SKIP THIS AD ×