Famili Duo, program realiti nyanyian TV3 kembali dengan musim baharu menampilkan tujuh pasangan selebriti popular Malaysia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my bermula 18 Disember 2022.
Angkat nilai kekeluargaan
Famili Duo ialah program realiti nyanyian yang unik dan berlainan daripada program-program yang lain di mana ia menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka. Selepas perkenalan musim pertamanya pada 14 Februari 2021, Famili Duo telah mencapai objektifnya yang bertujuan mengangkat nilai kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturahhim dalam kalangan ahli keluarga menerusi muzik.
Musim baharu Famili Duo dibawakan khas oleh Penaja Bersama iaitu Good Virtues Co. dan Polident. Program 8 episod ini menggandingkan Janna Nick dan Sean Lee sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Ia menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan berentap (battle) pada setiap minggu yang membawakan tema berbeza untuk merebut hadiah mingguan iaitu RM10,000! Lebih menarik, para finalis Famili Duo untuk musim baharu ini berpeluang untuk merebut hadiah utama sebanyak RM100,000 di pentas akhir nanti! Pemarkahan ditentukan oleh juri tetap (80%) dan undian atas talian oleh penonton (20%).
Antara tujuh pasangan yang akan bersaing di musim baharu Famili Duo adalah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).