Kredit: Harian Metro

Bila tiba bulan Ramadan, semangat berkongsi rezeki makin membara. McDonald’s Malaysia tak ketinggalan menghulurkan bantuan dengan menganjurkan Program Kongsi Rezeki Ramadan bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM).

Sebelum Ramadan lagi, McDonald’s Malaysia dah mulakan program ini untuk mempersiapkan lokasi ibadah dan menyantuni komuniti. Program ini dimulakan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan dengan aktiviti gotong-royong dan ada lagi 50 masjid dan surau telah mereka bersihkan. Yang bestnya, ada sumbangan juga dihulurkan kepada masyarakat setempat.

Ada penceramah terkenal, rewang dan agihan bubur lambuk & sumbangan hidangan Moreh Mekdi !

Kredit: Harian Metro

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Restoran McDonald’s Malaysia, Zaid Hasman, pihaknya berhasrat untuk mengunjungi 400 masjid dan surau sepanjang Ramadan kali ini, dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. 

Dari 400 masjid dan surau tu, ada empat lokasi akan menjadi tumpuan utama untuk mereka anjurkan majlis ilmu yang menampilkan penceramah terkemuka! Kalau di Kuantan haritu mereka dah jemput Timbalan Mufti Pahang, Dato’ Badhli Shah Alauddin, ada lagi tiga lokasi akan mereka adakan majlis ilmu iaitu di Shah Alam, Datuk Keramat dan satu IPTA. Wah, bukan calang-calang ni!

“Sebagai syarikat 100% milik orang Islam, kami mahu memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti menganjurkan masjid ilmu, masak dan edar bubur lambuk, membersihkan masjid, menyediakan moreh dan mengagihkan Kotak Rezeki kepada golongan memerlukan,” tambah Zaid.

Kredit: Harian Metro

Untuk program pertama di Kuantan ni, sebanyak 50 Kotak Rezeki telah diberikan kepada penduduk sekitar, termasuk golongan asnaf dan warga emas. Selain itu, Masjid Tengku Mahkota Abdullah turut menerima sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi tujuan menaik taraf kemudahan masjid dan persediaan menyambut Ramadan. Alhamdulillah!

Masa gotong-royong haritu pun, ada lebih 100 sukarelawan datang dari Pusat Zakat Pahang, Alam Flora, Indah Water Konsortium dan penduduk setempat. Bukan cuci biasa-biasa pulak tu, dari saluran paip, semak samun, kayu-kayan dan kubur pun mereka kasi clear. Fuh! Lepas bertungkus-lumus, semua orang yang datang dapat makan kenduri dan hidangan Mekdi tau.

Terima Kasih Mekdi!

Ramai penerima sumbangan yang terharu dan bersyukur atas bantuan yang diberikan. Seperti Salasiah Hashim, seorang pesakit kronik yang tidak dapat bekerja sejak lima tahun lalu.

“Alhamdulillah, bantuan ni sangat bermakna untuk saya. Dengan keadaan ekonomi sekarang, ia sedikit sebanyak meringankan beban untuk menyambut Ramadan,” katanya.

Begitu juga dengan Muda Hassan, 70, yang menghidap asma dan pernah diserang angin ahmar.

“Terima kasih kepada McDonald’s Malaysia dan Harian Metro yang tidak pernah lupa akan nasib golongan kurang berkemampuan seperti kami,” katanya.

Mekdi sapot Pesta Pelita Panjut!

Tak cukup dengan itu, McDonald’s Malaysia turut mengumumkan akan menyemarakkan tradisi unik di Kuala Kangsar dengan Pesta Pelita Panjut pada 25 Mac 2025 nanti. Sebanyak 22 restoran terpilih akan dihiasi dengan lampu berkelip-kelip sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Confirm meriah!

McDonald’s Malaysia memang tak pernah lupa dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya. Semoga program Kongsi Rezeki Ramadan ini terus mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada lebih ramai insan yang memerlukan!