berita

Program Sarapan Percuma Kini Hanya Untuk Pelajar Miskin

January 16th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sebelum ini telah memperkenalkan Program Sarapan Percuma (PSP) kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh Malaysia. Inisiatif baru yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan ini merupakan satu langkah untuk memberikan sarapan berkualiti kepada pelajar dan sepatutnya akan mula berkuatkuasa pada 20 Januari akan datang.

Bagaimanapun, susulan daripada peletakan Maszlee awal bulan ini, ramai pihak yang tertanya-tanya sama ada program tersebut akan diteruskan ataupun tidak. Terbaru menerusi laporan Free Malaysia Today, Tun Dr Mahathir yang memangku jawatan Menteri Pendidikan ketika ini memaklumkan bahawa ia akan tetap dilaksanakan namun dengan sedikit perubahan.

Untuk yang kurang berkemampuan sahaja

Menurut Tun Mahathir, program tersebut akan diteruskan bermula 20 Januari ini namun ia bakal dikhususkan kepada golongan yang berkemampuan sahaja.

Katanya, tidak adil jika bantuan itu turut diberikan kepada anak golongan kaya dan berkemampuan kerana mereka mempunyai makanan yang mencukupi di rumah.

Kita akan teruskan program kita sekarang ini, fokus kepada mereka yang tidak berkemampuan, berikan sarapan kepada semua bermakna mereka yang mempunyai wang adalah golongan kaya, yang mendapat makanan di rumah, jadi ia tidak adil.

Kita akan teruskan yang ada sekarang dan kita akan tambah mereka yang berhak untuk dapat sarapan pagi.

Melibatkan anggaran RM22 juta untuk fasa pertama

Pelaksanaan bagi fasa pertama program itu akan melibatkan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari dari 100 buah sekolah.

Dalam satu kenyataan kementerian itu Disember lalu, ia memaklumkan bahawa kos pelaksanaan fasa pertama bagi program itu melibatkan anggaran sebanyak RM22 juta.

Antara menu yang dijangka disediakan adalah minuman produk tenusu dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus.

Sumber: Free Malaysia Today, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×