berita

‘Projek’ Di Tangga Flat Terbongkar, Budak 11 Tahun Buat Hubungan Seks Sebanyak 15 Kali Sampai Mengandung!

December 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di kala orang lain yang seusia dengannya seronok bermain dan meluangkan masa dengan rakan sebaya, kanak-kanak berusia 11 tahun ini pula terpaksa ‘membawa perut’ selepas disahkan hamil.

15 kali buat hubungan seks

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, mangsa telah sarat hamil dengan usia kandungannya mencecah enam bulan. Menurut sumber, kehamilan tersebut adalah berpunca daripada hubungan seks yang dilakukan oleh mangsa dan suspek yang baru sahaja berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui kedua-dua mereka yang juga merupakan warga Myanmar telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak 15 kali sejak bulan April hingga Jun yang lalu di tangga sebuah rumah flat di Jalan Ipoh. Difahamkan, mangsa mula mengenali suspek pada bulan Mac tahun ini.

Kantoi lepas pergi klinik

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kehamilan tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa selepas membawa mangsa ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas itu mangsa tidak bertemu dengan suspek lagi sebelum ibunya yang membawa dia ke klinik mendapati mangsa mengandung.

Susulan daripada insiden itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×