berita

Pereka Fesyen & Hijabi Bersaing Merebut Populariti

November 8th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-10-23 at 16.22.47

Bukan senang sebenarnya untuk terpilih menyertai majlis peragaan fesyen, lebih-lebih lagi yang bertaraf antarabangsa.

Namun produk penjagaan rambut terkenal Sunsilk, telah membuka peluang kepada 10 pereka fesyen dan model hijabi tempatan menunjukkan bakat mereka di pentas peragaan menerusi Projek Hijabku, Gayaku.

Segala cabaran dan pengalaman yang dihadapi oleh bakat-bakat muda ini akan didokumentarikan untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia menerusi sebuah siri TV pendek.

Screen Shot 2013-10-23 at 16.21.15

Di awal siarannya, pereka fesyen yang terpilih dicabar untuk menyiapkan rekaan gabungan elemen London, Paris, New York dan Kuala Lumpur untuk diperagakan di pentas Islamic Fashion Festival (IFF) oleh model-model bertanding.

Kesemua peserta perlu bermain dengan kreativiti mereka untuk memadankan warna tema yang telah diundi terlebih dahulu dengan warna hijau sebagai elemen Sunsilk Clean & Fresh.

Projek Hijabku, Gayaku yang merupakan kolaborasi antara Sunsilk dengan IFF ini bertujuan untuk menyediakan peluang bagi pereka fesyen dan model muda bagi mempelajari kemahiran dengan bimbingan dari pakar.

Screen Shot 2013-10-23 at 16.21.51

Malah, pendedahan ini juga mampu membuka jalan kepada anak-anak muda tempatan untuk menempa nama di dalam industri fesyen sekaligus membantu mereka mencapai impian yang terpendam.

Penonton berpeluang melihat sendiri perjalanan pahit getir para peserta ini menggalas tanggungjawab yang diberikan sambil mendapat tunjuk ajar dari Rico Rinaldi, Dato’ Sri Raja Rezza Shah, Hatta Dolmat dan ramai lagi.

Selain daripada pendedahan yang diperolehi daripada tayangan di IFF, para pereka dan model yang menyertai pertandingan ini juga perlu bersaing untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Secara logiknya hadiah wang tunai sahaja tidak cukup bagi mereka yang menceburi bidang fesyen penuh glamor ini. Disebabkan itu jugalah, pemenang hadiah utama turut mendapat paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka dan seorang model bagi mencipta populariti mereka.

Screen Shot 2013-10-25 at 13.02.21

Untuk makluman anda, rancangan yang dihoskan oleh Diana Amir ini akan ditayangkan sebanyak lima episod bermula pada 27 Oktober 2013 di saluran Hip TV, TV9.

Namun jika tidak berpeluang menontonnya di kaca televisyen, jangan risau kerana Projek Hijabku, Gayaku juga akan ditayangkan menerusi siri webisodnya di saluran Sunsilk YouTube pada setiap hari Jumaat bermula pada 1 November 2013.

Webisod untuk projek ini akan ditayangkan pada setiap minggu, jadi pastikan anda tidak terlepas sebarang peristiwa menarik untuk mengetahui pemenang bagi projek terulung ini.

SKIP THIS AD ×