berita

Projek Kereta Terbang Tak Jalan, Pemuda Cipta Motor 2 Alam Redah Banjir

December 5th, 2019 | by faris
Kini Trending

Musim tengkujuh kini melanda negeri-negeri Pantai Timur sehingga menyebabkan banjir teruk terutamanya di Kelantan dan Terengganu. 2 anak muda dari Kampung Banggol, Setiu, Terengganu menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta motosikal yang mungkin berguna di musim banjir. Memang rare!

Selamba redah banjir

Ikram Shahidi Mat Kail dan adiknya, Muhammad Zakaria turut menunjukkan demo bagaimana mereka mengendalikan motosikal ciptaan mereka meredah air banjir dalam satu video viral di laman sosial. Apa yang mengagumkan, motor istimewa itu mampu bergerak walaupun bergerak ke arah air yang semakin dalam.

Walaupun mencecah paras leher penunggang, motosikal jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70 berkenaan bukan sahaja masih berfungsi apabila sudah tenggelam sepenuhnya di dalam air, malah mampu bergerak laju.

Cubaan kali kedua

Menurut Ikram, dia pernah mencuba mencipta motor sama pada tahun lepas namun tidak membuahkan hasil. Kali ini, dia mengubahsuai beberapa bahagian seperti tangki, karburetor dan hujung ekzos pada kedudukan lebih tinggi untuk mengelak dimasuki air.

Sebenarnya, tahun lepas saya dah cuba buat tapi tak berjaya kerana motor enjin mati dalam air. Namun, saya cuba lagi baru-baru ini dan hasil cantuman pelbagai idea kawan-kawan motosikal itu berjaya disiapkan dalam tempoh dua jam.

Kami dua beradik meronda sekitar kampung pada waktu petang kelmarin, namun tak sangka pula rakaman video yang diambil beberapa rakan itu menjadi tular dan ramai nyatakan kekaguman mereka dengan kreativiti kami.

Sumber: Sinar Harian, Blackmerz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×