berita

Destinasi Percutian Di Bawah 25°C Untuk Rakyat Malaysia Pada Akhir Tahun

November 15th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Dikurniakan sinar matahari sepanjang tahun, kebanyakan rakyat Malaysia akan berlumba-lumba mencari tempat teduh ketika di luar rumah. Kami menerima dos vitamin D yang mencukupi, terima kasih!

Seperti rakan-rakan dari negara-negara empat musim akan melawat destinasi tropika untuk berjemur di bawah sinar matahari, kami pula ingin merasai penghawa dingin semulajadi (musim sejuk) di negara lain.

6 bandar bercuaca sejuk

Berikut adalah 6 bandar untuk dipertimbangkan, dari yang dingin hinggalah yang sejuk membeku!

  • Hanoi, Vietnam 24°C (Nov), 19°C (Dis)
    Lebih dekat, dan tidak terlalu drastik perubahan cuaca. Alamilah pelayaran keluarga di Halong Bay yang indah, dan makan malam di Bun Cha Huong Lien seperti bekas Presiden Barack Obama dengan chef selebriti Anthony Bourdain.
  • Taipei, Taiwan 19 hingga 23°C (Nov), 18°C (Dis)
    Bulan Disember adalah masa paling sejuk untuk Taiwan, tetapi ia masih sesuai untuk mereka yang ingin menikmati iklim sejuk yang tidak keterlaluan. Suhunya elok untuk bersiar-siar, mengembara di taman negara, dan mencelup dalam mata air panas.
  • Seoul, Korea Selatan 7 hingga 19°C (Nov), 0 hingga 11°C (Dis)
    Dingin dengan sedikit hujan, masa ini sempurna untuk melawat Korea Selatan. Jika anda ingin bermain dalam salji, bolehlah pergi pada hujung bulan Disember. Bayangkan keseronokan menikmati makanan laut segar dan kimchi jigae panas!
  • Munich, Germany 0 hingga 7°C (Nov), -2 hingga 3°C (Dis)
    Sudah mula menggigil? Biarkan istana-istana hebat seperti Neuschwanstein menarik perhatian anda, atau nikmatilah persembahan di Teater Residenz, dan makan dan bergembira di pasar-pasar Krismas yang dihiasi indah.
  • Zermatt, Switzerland -2 hingga 6°C (Nov), -6 hingga 2°C (Dis)
    Zermatt adalah syurga ski pada masa ini. Sekiranya anda lebih suka aktiviti yang tidak begitu mencabar, anda boleh melayari jambatan suspensi tergantung terpanjang di dunia atau pergi saja ke spa untuk sesi yang lebih santai!
  • Lapland, Finland -4 hingga 1°C (Nov), -9 hingga -3°C (Dis)
    Walaupun anda akan mengalami hanya 3 jam cahaya matahari dalam sehari, segalanya berbaloi apabila anda menyaksikan Cahaya Utara (Aurora Borealis) secara dekat. Boleh juga melawat Santa Claus Village, dan naik kereta luncur di atas salji.

Cetak dengan Photobook

Mana-mana bandar yang anda pilih untuk teroka, Photobook Malaysia ingin menghadiahi anda satu Simple Book 6″ x 6″ (NP: RM79). Paparkan adegan yang hebat dan bersalji atas kertas foto berkualiti tinggi dalam buku softcover premium ini – ia ringan dan mudah alih, jadi senanglah untuk berkongsi pengembaraan anda dengan rakan dan keluarga.

Tebuskan Simple Book anda sekarang:
1. Muat turun aplikasi ‘Photobook Worldwide’ di Apple Store atau Google Play Store
2. Lancarkan aplikasi dan pilih Simple Book (6 “x 6”)
3. Reka dan susun photo book anda dengan memuat naik sekurang-kurangnya 21 keping gambar termasuk kulit buku (foto tambahan dikenakan caj tambahan)
4. Guna kod baucar “TRAVELOB
5. Muat naik projek anda dan siap.

Anda hanya perlu membayar kos penghantaran. Nikmati buku anda!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×