berita

Promo Paling Topp! – Toppen Shopping Centre Ada Promosi Raya Siap Baucar Percuma Tau

May 29th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Raya tahun ni banyak bezanya berbanding sebelum ni. Yelah, sejak PKP dilaksanakan kita disarankan untuk duduk di rumah dan keluar jika ada keperluan penting je. Nak ziarah hari raya pun memang dah tak boleh tau.

Nasib baiklah pusat beli-belah dah boleh beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan, boleh jugak kita shopping raya. So, tahun ni Toppen Shopping Centre antara yang patut jadi tumpuan sebab dekat sana ada promosi sakan tau!

Promo Paling Topp!

Sebut je pasal promosi, kami yakin mesti semua orang teruja sebab dah lama tak shopping kan? Apatah lagi kalau ada promosi raya di pusat beli-belah terkemuka macam Toppen, memang syok sakanlah.

Bermula sekarang sehingga 31 Julai 2020, Toppen Shopping Centre memperkenalkan Promo Paling Topp dengan menawarkan Baucar RM10* untuk pembelian minimum RM30 di mana-mana kedai Toppen. Lebih menarik lagi, kalau korang nak gabung resit pun boleh je untuk cukupkan RM30 tu. Untung sakan!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat*

#TipTokRaya bikin raya lebih meriah.

Eh.. shopping tu shopping la jugak, tapi memandangkan raya tahun ni masih ramai yang tak berkesempatan nak keluar dan dah bosan duduk di rumah, kami di OHBULAN! nak ajak korang semua untuk join challenge terbaru Toppen Shopping Centre iaitu cabaran #TipTokRaya.

Menariknya, untuk cabaran kali ini, korang cuma perlu rakam video tarian kreatif bertema tradisi hari raya di aplikasi TikTok tau. Korang tengok sendiri Tok Ki, Tok Su dan Tok Wan menari dalam video dekat bawah ni, happening weh!

Jom kenali tradisi Raya orang tua-tua sambil menari Goyang Dodol, Zapin Sampin dan Joget Deko-Deko. Ikut langkah-langkah di bawah!

  1. Daftar akaun TikTok.
  2. Cari hashtag #TipTokRaya.
  3. Pilih antara Goyang Dodol, Zapin Sampin atau Joget Deko-Deko dan menarilah dengan gaya paling kreatif.
  4. Upload video korang di TikTok dan kongsi di media sosial berserta hashtag #TipTokRaya.
  5. Jangan lupa tag kawan-kawan dan ahli keluarga korang dan ajak diorang menari sekali!

Tak kisahlah raya kat mana, tradisi jangan dilupa.

Ya guys, tak kisahlah raya tahun ni korang beraya kat mana sekalipun, asalkan tradisi orang tua-tua jangan kita lupakan dan terus dikongsi bersama tau. Haa.. kalau dah tak ingat macam mana nak pakai sampin, ikut je step yang Tok Ki ajar dalam video #TipTokRaya di aplikasi TikTok!

Tak keterlaluan rasanya kalau kami katakan cabaran video #TipTokRaya daripada Toppen Shopping Centre tahun ni wajib kita join ramai-ramai sebab sambil menghiburkan hati tu dapat jugak kita mempromosikan budaya dan tradisi warisan kita.

Jom raya di Toppen Shopping Centre!

Jadi apa tunggu lagi tu? Jom ke Toppen Shopping Centre dan rebut peluang untuk claim baucar beli-belah percuma sempena promosi #PromoPalingTopp. Ingat, kalau nak raya korang lebih onz, jangan lupa daftar akaun TikTok dan tunjukkan bakat serta kreativiti korang dalam challenge #TipTokRaya.

Nak tahu lebih lanjut tentang promosi terkini di Toppen? Korang boleh layari laman sesawang Toppen Shopping Centre hari ini juga. Kami di OHBULAN! dan Toppen Shopping Centre mengucapkan Selamat Hari Raya Aildifitri, Maaf Zahir dan Batin!

#PromoPalingTopp #TipTokRaya

 

SKIP THIS AD ×