berita

Promosi Kaw-Kaw! KFC Tawar 15 Ketul Nuget Ayam Pada Harga RM10! Rugi Tak Beli…

March 1st, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

KFC sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan diorang. Bukan itu je, boleh kata dikatakan KFC antara syarikat makanan segera yang tak henti-henti berikan pelbagai promosi demi memastikan korang nikmati harga terbaik dengan penjimatan kaw-kaw apabila membeli makanan diorang.

Maka, tak hairanlah kali ni KFC adakan promosi 15 ketul nuget ayam KFC hanya pada RM10 je. Nak tahu sampai bila promosi ni berlangsung? Keep scrolling!

RM10 untuk 15 ketul nuget ayam, biar betul?

Iye… seperti yang telah dinyatakan diatas bermula 1 hingga 7 Mac 2022 ini, KFC tawarkan harga promosi istimewa untuk 15 ketul nuget ayam. Kalau korang penggemar nuget ayam KFC pastikan korang tak lepaskan peluang ni.

Dihasilkan daripada isi ayam sebenar, nuget ayam KFC memiliki rasanya yang tersendiri. Lain daripada yang lain. Bukan itu je, kalau makan panas-panas memang juicy teruk. Makan pulak dengan set ayam goreng memang padu la. Untung beli sekarang, RM10  je dah dapat 15 ketul nuget ayam. Boleh makan puas-puas. Berbaloi-baloi!

** sementara stok masih ada.

Belanja keluarga & kawan-kawan.

Masa macam ni la best belanja keluarga dan kawan-kawan makan terutamanya mereka yang hantu nuget ayam KFC. Korang boleh borong banyak-banyak dan ajak diorang makan. Lagipun tak salah berkongsi rezeki dengan insan tersayang, tak gitu?

Muat turun aplikasi KFC untuk mudahkan urusan pembelian!

Jadi apa lagi yang korang tunggu, jom singgah KFC dan buat pembelian korang sekarang. Nak order dengan cara yang lebih mudah? Korang muat turun ja aplikasi KFC dan buat pesanan terus melalui aplikasi tersebut. Tambahan pula, KFC sering update promosi lain yang diorang tawarkan dari semasa ke semasa melalui aplikasi tersebut.

Nak tahu lebih lanjut mengenai isu semasa berhubung KFC dan promosi yang diorang tawarkan? Korang jangan lupa follow Facebook KFC Malaysia.

Aplikasi KFC: IOS

Aplikasi KFC: Android

SKIP THIS AD ×