berita

Promosi Perkakas Rumah Oleh Premium HOME Interior Expo Di Matrade Pada 22-24 November Ini, Jom!

November 11th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Bila sebut pasal menghias rumah, ramai yang beranggapan kaum wanita la peneraju utama kepada rumah yang kemas, tersusun dan cantik. Ha! Sebenarnya kenyataan tu tak betul sepenuhnya tau! Ada juga kaum lelaki yang sangat mendominasi bab hiasan dalaman rumah. Bahkan, ada yang lebih cerewet berbanding kaum wanita.

Kadang-kadang tu, cerewet sampai nak rekaan yang spesifik dan sangat detail. Nak tahu macam mana nak cari dan achieve look hiasan dalaman rumah yang moden, versatile dan terkini? Kena la baca sampai habis.

Jom beli barang dekat Premium HOME Interior Expo!

Seperti yang korang tahu, bukan mudah nak cari perkakasan rumah yang eksklusif dan premium dengan harga berpatutan. Kini, perkara tu bukan sesuatu yang mustahil sebab Premium HOME Interior Expo bakal berlangsung tak lama lagi. Seronok shopping barang rumah dekat sini. Macam-macam ada!

Korang tak boleh lepaskan sale yang satu ni tau! Harga yang mereka tawarkan memang awesome dan berbaloi-baloi. Lagipun, pelbagai perkhidmatan berkaitan penjagaan rumah ada di sana. Korang boleh survey dan dapatkan bantuan daripada penasihat mereka.

Pelbagai rekaan terkini ada untuk korang pilih!

Selain itu, Premium HOME Interior Expo tawarkan pelbagai perkakasan rumah dan perabot dari yang kecil sampai la yang besar. Pelbagai rekaan terkini, moden, versatile dan eksklusif khusus untuk korang.

Bukan saja tampak mewah, perabot yang ditawarkan datang dalam pelbagai range dengan sentuhan moden, english style, luxury concept dan banyak lagi.

Pilih jangan tak pilih. Ikut bajet korang ye. Kalau korang tak tahu macam mana nak hias rumah atau confuse macam mana cara nak mix and match perabot rumah, ada penasihat yang akan bantu korang nanti. Dia akan consult bagaimana untuk hias dan buat rumah korang kelihatan lebih berseri sesuai dengan citarasa korang.

Barangan elektrik, CCTV & penapis air pun ada!

Selain daripada perabot, korang juga boleh dapatkan pelbagai perkakasan rumah yang lain seperti peti ais, mesin basuh, water heater, kamera keselamatan (CCTV) dan penapis air di Premium HOME Interior Expo. Semuanya jenama terkemuka dunia. Bukan kaleng-kaleng ye! Produk yang ditawarkan semua berkualiti tinggi.

Ada pelbagai hadiah untuk korang tau!

https://www.facebook.com/PremiumHOMEInteriorExpo/posts/145653556829928

Khas untuk korang, Premium HOME Interior Expo akan bagi hadiah istimewa untuk korang yang berbelanja RM500 dan ke atas di sana. Korang tak perlu buat apa-apa. Ye betul! Hanya berbelanja RM500 dan hadiah misteri tersebut akan menjadi milik korang.

Korang juga boleh menangi baucar tunai bernilai RM600 sempena sale kali ni. Hanya daftar nama korang semasa hadir ke Premium HOME Interior Expo.

Bagi = yang berbelanja RM500 dan keatas, korang bukan saja akan dapat hadiah tapi juga boleh join cabutan bertuah dan berpeluang untuk menang wang tunai RM10,000 setiap hari.

**Tertakluk pada terma dan syarat

Nak tahu lebih lanjut tentang Premium HOME Interior Expo yang bakal berlangsung tak lama lagi ni? Korang boleh klik link di bawah tau. Di sini admin sertakan butiran event!

Premium HOME Interior Expo

Tarikh: 22 – 24 Nov 2019

Masa: 11 pagi – 9 malam

Tempat: Matrade Exhibition Centre (MECC)

Facebook: Premium HOME Interior Expo

SKIP THIS AD ×