berita

Promosi Produk Persenda Warna Kulit & Raut Wajah Di GV5, SKMM Beri Amaran Kepada Astro

November 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Seorang usahawan kosmetik telah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya terhadap wajah seorang penonton wanita di sebuah rancangan realiti anjuran Astro. Susulan dari insiden itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan arahan kepada syarikat penyiaran tersebut terhadap slot mempromosi produk yang didakwa mempersendakan wajah penonton.

Bagaimanapun, siasatan dari SKMM telah dijalankan setelah mendapat aduan dari ramai pihak. Pihak Astro juga tampil memohon maaf terhadap apa yang telah berlaku, tempoh hari.

Permohonan maaf telah disiarkan

Selepas insiden yang tidak dijangkakan itu, syarikat penyiaran terbabit telah tampil memohon maaf kepada orang ramai dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. Bagaimanapun, permohonan maaf dari pihak penaja rancangan ini telah disiarkan pada Ahad lepas secara langsung di Dewan Bandaraya Shah Alam dan stesen televisyen berkenaan.

Pihak Astro menghadiri perjumpaan dengan SKMM pada 7 November lepas bagi memberi penjelasan butiran insiden serta tindakan pencegahan dan pembetulan yang diambil. Permohonan maaf daripada pihak penaja dan Astro telah dikeluarkan semasa siaran program pada 11 November.

SKMM memandang serius

Pihak syarikat penyiaran itu juga berjanji akan merakamkan terlebih dahulu apa-apa segmen melibatkan penaja utama bagi tidak mengulangi perkara yang sama.

Pihak SKMM memandang serius perkara itu dan telah mengeluarkan amaran kepada Astro untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang. Astro, selaku pemegang lesen Pembekal Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-i) adalah tertakluk kepada pematuhan Syarat Lesen Khas dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×