Penyanyi rock wanita nombor satu negara, Ella telah pun selesai melakukan persembahan selama dua hari ketika Konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ yang bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 dan 11 Jun yang lalu.
Konsert tersebut dihadiri lebih 10,000 orang peminat yang sama-sama menyanyikan hampir 80 buah lagu yang didendangkan penyanyi itu pada dua malam konsert berkenaan.
Artikel Berkenaan: ‘Terima Kasih Untuk 35 Tahun’ – Padam Foto Di IG, Ella Beri Bayangan Bersara Dari Dunia Seni?
Kerja ‘gila’
Suami kepada Ella, Azhar Ghazali yang turut sama-sama membuat beberapa persembahan pada dua malam konsert berkenaan menyifatkan konsert yang dilakukan isterinya itu sebagai ‘kerja gila’.
Menerusi ciapan dibuat Azhar di Twitter, dia menitipkan rasa bangga terhadap Ella yang mendendangkan hampir 80 buah lagu selama dua malam berturut-turut.
Kerja gila. Hampir 80 lagu, 2 malam. Dedikasi buat peminat beliau. Proud of you my wife.
Terdahulu, Ella difahamkan telah mencipta sejarah apabila menjadi artis tempatan pertama yang habis menjual tiket konsert dalam tempoh 24 jam di Arena Axiata Bukit Jalil dan telah direkodkan dalam Malaysian Book of Records.
Sekadar info, Ella atau nama sebenarnya Norazila Aminuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Azhar Husaini Ghazali pada 7 Julai 2012 yang lalu.
Kerja gila . Hampir 80 lagu , 2 malam . Dedikasi buat peminat beliau. Proud of you my wife ?? pic.twitter.com/QQaouBUSMq
— Juragan ???? (@azharzz) June 12, 2023
Sumber: Twitter