berita

PTPTN Beri Diskaun Sehingga 15% Kepada Peminjam! Korang Pun Boleh Dapat, Ini Caranya

November 16th, 2016 | by Wan
Shout Out!

whatsapp-image-2016-11-15-at-5-16-47-pm

Untuk pengetahun korang semua baru-baru ini YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib menerusi pembentangan bajet 2017 telah mengumumkan 3 insentif yang sangat menarik bagi peminjam PTPTN.

Menerusi insentif yang diumumkan ini, peminjam boleh mendapatkan diskaun dari 10% dan 15%. Banyak itu! Siapa yang layak untuk mendapat insentif ini? Sampai bila insentif ini? Macam mana cara nak dapat insentif ini?

Korang mesti nak tahu kan, meh kami share sikit info lanjut tentang 3 jenis insentif yang ditawarkan.

1. Insentif diskaun 15% untuk peminjam yang bayar ‘lump sum’

screen-shot-2016-11-14-at-12-54-18-am

Kepada peminjam PTPTN yang berhasrat nak buat bayaran penuh, sekarang ini masa yang sesuai untuk korang! Mana tidaknya menerusi insentif ini, diskaun sebanyak 15% akan diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran mulai 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017.

Paling menarik, diskaun ini juga layak dinikmati walaupun peminjam menggunakan gabungan saluran seperti KWSP, tunai dan online. Jadi untuk yang bertanya boleh buat bayaran guna akaun 2 KWSP ke tak, jawapannya boleh dengan syarat semua bayaran dibuat dalam bulan yang sama.

Tak terkecuali peminjam yang nama mereka sudah disenarai hitam oleh Imigresen boleh menikmati insentif 15% ini tau. Lepas ini nak bercuti ke keluar negara tak jadi masalah lagi dah.

2. Insentif diskaun 10% untuk peminjam yang bayar 50% dari baki hutang

ohbulanptptn2

Untuk peminjam yang bercadang nak membuat bayaran 50% daripada baki hutang pula, mereka layak mendapat diskaun sebanyak 10%! Dengan syarat bayaran 50% itu diterima oleh PTPTN pada bulan yang sama.

3. Insentif diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji & direct debit

ohbulanptptn3

Bayaran balik secara potongan gaji ini sebenarnya dah lama ditawarkan bertujuan untuk memudahkan peminjam. Iyalah setiap hujung bulan korang tak payah fikir-fikir lagi sebab bayaran akan ditolak oleh majikan melalui akaun bank peminjam. Namun tak ramai yang memanfaatkan kemudahan ini.

Jadi sekarang kalau korang plan nak bayar secara potongan gaji atau direct debit, ada diskaun 10%. Dah lah ada diskaun, bayaran pula dapat dibuat secara konsisten.

Cara bayar balik

ohbulanptptn4

Langkah pertama yang peminjam perlu buat ialah check baki pinjaman terlebih dahulu secara online di www.ptptn.gov.my atau hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000.

Bila dah tahu baki pinjaman, boleh lah mulakan bayaran. Korang tunggu apa lagi, jomlah kita dapatkan diskaun 10% dan 15% ini.
Sekali lagi kami nak ingatkan kesemua insentif ini boleh dinikmati bermula 22 Oktober 2016 sehingga 31 Disember 2017.

Untuk info lanjut boleh layari http://www.ptptn.gov.my/web/guest/insentif_bajet_2017

The following two tabs change content below.