berita

‘PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama 3 Bulan’ – Menteri Pengajian Tinggi

March 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Mengambil kira penularan wabak COVID-19, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersetuju menangguhkan semua bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.

Menerusi satu kenyataan media, keputusan ini diambil kerajaan susulan penularan wabak dan perintah kawalan pergerakan semasa yang menjejaskan ekonomi negara.

Berkuatkuasa serta merta

Pengumuman ini dibuat Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan.

Mengambilkira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara, yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam.

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 Jun.

Selaras dengan penangguhan itu, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Katanya, penangguhan bayaran balik ini berkuatkuasa serta merta sehingga 30 Jun.

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×