Ibarat mencurah air ke atas daun keladi, tindakan seorang usahawan kosmetik kembali ‘ghairah’ memuat naik video dan foto lucah di laman sosial mengundang pelbagai reaksi. Sebelum ini usahawan kosmetik tersebut pernah menggemparkan negara apabila berpakaian wanita semasa menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Terbaru, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed Bakri memberi teguran tegas kepada usahawan itu.
Boikot dan report IG
PU Amin menerusi Instagramnya menyeru agar netizen boikot dan melaporkan akaun Instagram usahawan kosmetik itu. Pendakwah bebas ini pernah menegur perkara yang sama berulang kali sebelum ini. Dia juga pernah terjumpa usahawan itu bersama rakan-rakannya sewaktu di Mekah dahulu. Meskipun, perkara demikian telah dilaporkan ke pihak berkuasa di negara tersebut namun, masih tidak diendahkannya.
Bangjat mengganas kembali. Sebenarnya aku malas dah nak buat benda sama, sejak 2018, benda sama yang berulang dan tak ada perubahan. Kecam, ugut, ancam semua aku dapat dulu sebab tegur benda macam ni, tapi disebabkan tanggungjawab dan sayangkan anak keturunan aku, maka aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial boikot dan report IG Bangjat.
Ingat lagi awal tahun dia pergi Mekah, masa tengah saie dekat Safa Marwah aku nampak dia dengan kawan-kawan dia dalam kawasan saie, dekat Masjid Quba di Madinah aku nampak dia juga, pakai pakaian perempuan, aku doa agar Allah bagi hidayah. Aku report dekat pihak berkuasa, dia tetap sama dan kuat. Walaupun dah cium kelambu kaabah sambil menangis dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama mu Ya Allah!
Pelik, masih ramai memuji
PU Amin menegaskan agar pengikutnya henti memuji usahawan ini. Tindakan yang sering dilakukan usahawan itu ibarat merosakkan anak bangsa.
Pelik dan ajaib masih ramai pengikut, masih ramai yang memuji, masih ramai yang membeli, sedangkan dia sedang merosakkan anak bangsa dengan upload gambar-gambar lucah ini. Jomlah kita sama-sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya, sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya, saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial Bangjat dari alam maya. Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah. Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama tindakan tegas wajib dikenakan pada dia.
Pada Allah kami berserah! Ya Allah peliharalah anak anak kami, masyarakat kami, maruah kami dan akhlak kami! Berilah hidayah dan pengajaran pada Bangjat Ya Allah!
Virus lebih bahaya
https://www.instagram.com/p/CCXFCGVpVH-/
Sementara itu, PU Syed Bakri juga tegas menegur tindakan yang dilakukan usahawan kosmetik itu. Video berdurasi 9:00 minit itu ditujukan khas buat individu tersebut.
Hamba menanti, bila pihak berkuasa akan melakukan tindakan undang-undang terhadap makhluk bernama Sajat ini. Sajat ini lebih bahaya daripada Covid-19. Covid-19 boleh mematikan orang, boleh ambil nyawa orang. Tetapi Sajat ini boleh memporak-perandakan hukum Allah dan merosakkan akhlak umat Islam.
Bahkan orang Kafir pun jijik dengan perbuatan yang dilakukannya. Apa yang dilakukannya itu diluar tabii. Saya seru kepada semua para pendakwah, Da’i, PU untuk alert isu ini.
Sumber: PU Amin, PU Syed Bakri