Pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil memberi teguran terbuka terhadap tindakan segelintir lelaki yang menyerupai wanita ketika memasarkan produk yang dijual dalam perniagaan mereka.

Artikel Berkaitan: PU Rahmat, Imam Asyraf & PU Amin Bakal Berangkat Ke Rafah – ‘30 Kontena Bantuan, Semoga Sampai Ke Perut Anak Gaza’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Amin Tegur Individu Selamba Tanya Orang Awam Tentang Hubungan Intim Suami Isteri – ‘Aib, Mana Boleh Cerita’

Berpakaian wanita

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, PU Amin menegaskan dalam konteks Islam tindakan sebegitu adalah berdosa.

Jelas PU Amin, perniagaan yang dijalankan dengan cara sedemikian boleh hilang keberkatannya kerana melibatkan perbuatan yang diharamkan.

Lelaki yang pakai pakaian wanita atau bergaya dengan gaya wanita sama ada untuk tujuan promosi seperti jual tudung, jual baju, barang kosmetik atau buat content adalah haram dan berdosa.

Jualan boleh jadi tak berkat dan kena dihentikan.

Mengulas lebih lanjut, PU Amin berkata amalan menyerupai berlainan jantina adalah dilaknat oleh Allah SWT.

PU Amin turut menasihatkan agar mereka yang terlibat dengan amalan itu supaya bertaubat agar pendapatan mendapat barakah daripada yang Maha Esa.

Perniagaan itu ada halal dan haram.

Amalan menyerupai berlainan jantina adalah dilaknat seperti yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Sebagai nasihat, kena lekas berubah, agar hasil pendapatan berkat dan diredhai Allah SWT.

Sumber: Threads