berita

PU Azman, Hafidz Roshdi & Bell Ngasri Bergabung Dalam B.T.S, Pasti Buat Korang Tak Kering Gusi!

June 23rd, 2021 | by Amat
Shout Out!

Saluran kegemaran rakyat Malaysia TV9 akan kembali menyajikan hiburan kepada penonton menerusi dramedy yang akan mula bersiaran pada 23 Jun 2021, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam. Dramedy B.T.S (Bujang Tampan Selamba) ini dibintangi pelakon Hafidz Roshdi, pelawak Bell Ngasri dan Pencetus Ummah (PU) Azman.

Mesej dan jalan cerita yang disampaikan dalam B.T.S (Bujang Tampan Selamba) ini sudah pasti akan memberi pengajaran dan iktibar kepada setiap penonton.

3 bujang banyak kerenah

Dramedy Bujang Tampan Selamba mengisahkan mengenai tiga lelaki berstatus bujang yang tinggal di sebuah rumah sewa di Kuala Lumpur. Masing-masing mempunyai perangai dan latar belakang yang berbeza, sudah tentu banyak kerenah apabila mereka ‘bergabung’ dan disatukan di bawah satu bumbung yang sama.

Watak Ustaz lakonan PU Azman seorang yang mementingkan ilmu agama dan sentiasa memberi tazkirah sehingga membuatkan dua lagi housemate iaitu Tommy (lakonan Bell Ngasri) dan Razak (lakonan Hafidz Roshdi) tertekan. Manakala, Tommy pula dikenali dengan perwatakannya yang kelam-kabut dan Razak seorang yang suka perasan handsome. Bukan itu sahaja, dia juga suka menjadi ‘batu api’ jika ada di antara mereka yang berselisih faham. Walaupun pelbagai konflik yang dihadapi, mereka tetap setia dan tinggal bersama menjadi sahabat baik.

13 episod akan temani anda

B.T.S akan menyajikan kepada penonton sebanyak 13 episod bermula 23 Jun 2021, jam 9:30 malam hingga 10:00 malam di TV9. Setiap episod yang ditayangkan selama 30 minit ini mempunyai pelbagai nilai murni dan pengajaran yang boleh dijadikan contoh dan iktibar.

Kita bukan sahaja boleh menonton telatah dari PU Azman, Bell Ngasri dan Hafidz Roshdi, malah, ada lagi pelakon-pelakon hebat yang lain turut membintangi B.T.S ini. Nak tahu siapa? Korang kenalah saksikan B.T.S (Bujang Tampan Selamba)!

Kelatah 3 bujang tampan selamba

https://www.facebook.com/124467560913753/videos/1177701009368473

Jangan lupa saksikan telatah tak kering gusi dari Hafidz Roshdi, Bell Ngasri bersama PU Azman dalam B.T.S (Bujang Tampan Selamba) Satu rumah, tiga perangai yang akan memulakan tayangan mulai 23 Jun 2021 ini, setiap hari Rabu jam 9.30 malam hanya di TV9 atau di tonton.com.my

SKIP THIS AD ×