Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), PU Rahmat memohon maaf atas kekhilafan kerana bergurau kasar dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di pentas Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang berlangsung di Axiata Arena pada Rabu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Rahmat Gesa Orang Ramai Beri Tekanan Pada Isra*l, Lepaskan Semua Aktivis – ‘Mereka Seperti Ibu Bapa Kita’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Rahmat Dedah Diarah Berb*gel Tiga Kali’ – ‘Mereka Tanya, Saya Buat Lawak Saja’

Mohon maaf

Permohonan maaf itu dibuat selepas orang ramai menyifatkan tindakannya biadap kerana tidak menghormati Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurut pemilik nama Rahmat Ikhsan, dia berkata sebelum ini gurauan itu hanyalah di antara mereka.

Namun, Rahmat tidak menyangka gurauan itu dianggap keterlaluan oleh sesetengah netizen.

Maaf jika gurauan sama-sama banduan tidak bagus kerana Perdana Menteri juga bergurau dengan saya gurauan yang sama.

Kadang kita belajar seperti Perdana Menteri yang penuh dengan jenaka.

Apa pun, saya juga belajar untuk tidak bergurau begitu.

Terdahulu, Rahmat berseloroh menyatakan dia mempunyai persamaan dengan Anwar.

Saya dengan Datuk Seri (Anwar) Banyak persamaan kami sama-sama banduan.

Sebelum ini, Rahmat dan para sukarelawan GSF yang lain menghadiri Himpunan Solidariti Bersama Gaza bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Sumber: Threads