
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menyeru umat Islam agar tidak memandang ringan isu berkaitan solat, sebaliknya bersama-sama mempertahankan kesucian agama daripada sebarang perkara yang boleh mengundang kekeliruan dalam masyarakat.
Artikel Berkaitan: PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’
Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Kad Tauliah, Pertahankan PU Riz – ‘Berhenti Fitnah Orang Yang Cuba Luaskan Agama Islam’
‘Pelihara agama’ – PU Riz

Menerusi satu kenyataan, PU Riz mengajak umat Islam untuk tidak berdiam diri apabila perkara berkaitan agama mula dipandang ringan.
Kita pelihara agama bersama, jangan biarkan perkara yang ada ini melarat, insya-Allah. Lama-kelamaan, rosaklah kita apabila perkara yang baik semuanya tidak lagi terlihat. Ini soal solat, tak perlu sibuk, tolonglah.
Bukan itu sahaja, PU Riz turut mengingatkan bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW merupakan perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau dipermainkan oleh mana-mana pihak.
Bagi mengingatkan masyarakat tentang kepentingan menghormati pegangan agama, suami kepada usahawan, Neelofa memetik Surah al-Kafirun, ayat 6, “Lakum dinukum wa liya din” yang membawa maksud bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Mengulas lanjut mengenai kedudukan Islam, PU Riz menegaskan bahawa agama tersebut mempunyai martabat yang tinggi dan tidak seharusnya dipandang rendah.
Islam ya‘lu wa la yu‘la ‘alayh (Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya). Ini negeri majoriti Islam, tak perlulah sibuk, cukuplah, cukuplah.
Sehubungan itu, bapa kepada dua cahaya mata berharap perbalahan yang timbul dapat dihentikan dan masyarakat lebih peka terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti serta keharmonian beragama.
Sumber: Instagram








