berita

PU Syed Bangkang Tindakan Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah – ‘Risau Nampak Macam Islam Membenarkan Berbuat Zalim’

January 13th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, kecoh viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid kerana disyaki mencuri tabung masjid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Pecah Tabung Masjid, Jemaah Mandikan Pencuri Seperti Jenazah?

Artikel Berkaitan: Trend ‘Unboxing Pengantin’ Tengah Rancak Di TikTok, PU Syed Tegur Pengantin Muda – ‘Dedah Aurat Haram, Apatah Lagi Aurat Isteri Kalian!’

Boleh timbul salah faham

Video terbabit telah menarik perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed untuk memberi pendapat. Menurut PU Syed, 39, tindakan menviralkan rakaman itu boleh mengundang masalah lain sekiranya ada pihak yang salah faham.

Malah, kata pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, ia seolah menampakkan agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya.

Isu curi tabung masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan di tempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain.

Marah memang kita marah tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.

Takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ini.

Menjatuhkan martabat institusi masjid

Selain itu, di ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan kenyataan PU Syed kerana merasakan kelakuan itu terlampau keterlaluan.

Terdahulu, menerusi video berdurasi 1:25 saat itu memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.

Sumber: Facebook @PU Syed

SKIP THIS AD ×