berita

Puak Hantu Bersaing Kumpul Jeritan Manusia? Jom Layan Drama Cik Lang Swe Secara Ekslusif Di Tonton

October 31st, 2023 | by Shahira
Shout Out!

Berita baik buat peminat drama tempatan. Tonton bakal menyajikan drama terbaik untuk korang semua dan dengar kata, drama kali ini ada berkaitan dengan unsur seram? Betul ke tu?

Cik Lang Swe, hantu baik hati?

Cik Lang Swe, drama original Tonton mengisahkan perebutan kuasa antara puak-puak hantu yang berbeza. Antara barisan pelakon yang membintangi Cik Lang Swe adalah Dini Shatzmann (Cik Lang Swe), Harissa Adlynn (PontiSu), Ezzrin Loy (PontiDol, Amy Nur Tinie (Seri Ponti Wang) dan ramai lagi.

Cik Lang Swe (Dini) merupakan satu-satunya pewaris lelaki bagi Puak Langsuir di Kampung Temu Jodoh. Puak Langsuir ini dianggap sebagai puak yang paling lemah dalam kalangan puak hantu yang lain. Sepanjang tempoh latihan untuk memenangi pewarisan takhta sebagai pemerintah Kampung Temu Jodoh yang baharu, Lang Swe jatuh hati kepada waris Pontianak, PontiSu (Harissa Adlynn). Akan tetapi hubungan tersebut tidak mendapat restu keluarga. Akhirnya PontiSu mengikat tali pertunangan dengan PontiDol (Ezzrin Loy) iaitu pontianak yang terkuat dan merupakan musuh ketat Cik Lang Swe.

Meskipun memiliki impian mengejar cita-citanya untuk menjadi pelakon popular, namun atas desakan keluarga, Cik Lang Swe akhirnya menjalani latihan Olympictu termasuk memanjat pokok dan berlatih gelak tawa yang menyeramkan. Hal ini kerana, hantu yang berjaya mengumpul jeritan manusia terbanyak akan dinobat sebagai pemenang.

Adakah Cik Lang Swe berjaya merebut takhta sebagai pemerintah Kampung Temu Jodoh dan melupakan impiannya menjadi pelakon? Bagaimana pula cara Cik Lang Swe dan PontiSu untuk mendapatkan restu keluarga?

Sama-sama kita saksikan Cik Lang Swe yang bakal ditayangkan pada setiap Khamis secara Strim eksklusif di Tonton. Strim Secara Percuma, Langgan Lagi Layan!

SKIP THIS AD ×