Menjadi pengantin paling cantik ketika di majlis perkahwinan adalah suatu perkara yang paling diingini oleh setiap pengantin perempuan. Meskipun harga untuk mengambil perkhidmatan make up artist (jurusolek) mahal, namun ada sesetangah pengantin yang sanggup membayarnya demi hasil yang menakjubkan.
Bayar MUA RM14,619
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Tasya Revina di TikTok, mendedahkan bahawa dia sanggup membayar RM14,619 semata-mata ingin mendapatkan solekan yang paling sempurna.
Di dalam video berkenaan turut kelihatan jurusolek berkenaan menggunakan warna blusher yang tidak terlalu ‘kuat’ untuk menaikkan seri wajah pengantin perempuan berusia 26 tahun itu.
Make up resepsi harga RM14,619 tapi memang puas hati betul.
Setelah berpuas hati dengan solekan berkenaan, pengantin tersebut kemudiannya membayarkan jurusolek tersebut secara tunai tanpa meminta diskaun.
Wedding make up untuk Tasya Revina RM14,619 dibayar cash tanpa tawar-menawar.
Video penuh
@tasyarev I love ce @imelvilentciaandteam ? Doraemon Kucing Langka by Marion Jola – Marion Jola
@imelvilentcia Wedding makeup for @tasyarev ? I’ll Be There For You – vanesa.
Sumber : tasyarev, imelvilentcia