Di Singapura, seorang wanita berusia 43 tahun telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah selepas disyaki mencampurkan air kencing dan darah haid dalam makanan. Lebih mengejutkan apabila makanan tersebut kemudian dihidangkan kepada penghuni sebuah flat di Sengkang.
Campur darah haid dan air kencing
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Today Online, suspek yang dikenali dengan nama Canares Rowena Ola itu merupakan warganegara Filipina. Suspek telah melakukan perbuatan menjijikkan itu pada bulan Disember 2018.
Malah, penghuni flat berkenaan juga dipercayai sudah pun menikmati makanan yang dicampur air kencing dan darah haid. Oleh itu, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dilakukan bagi kes ini.
Suspek tak mengaku
Timbalan Pendakwa Raya Keith Jieren Thirumaran memberitahu Hakim Daerah Marvin Bay berkata, sebelum ini, suspek sudah pun mengaku kepada pihak berkuasa bahawa memang benar dirinya melakukan perbuatan tersebut. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila suspek tiba-tiba menafikan ketika pertuduhan dibacakan di mahkamah Singapura.
Walaupun begitu, punca sebenar suspek bertindak sedemikian tidak dinyatakan. Sementara itu, pra-perbicaraan kes ini akan diadakan pada 25 Januari depan. Jika disabitkan kesalahan, suspek akan berdepan dengan hukuman penjara maksimum setahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Today Online, Strait Times