Siapa tidak teruja apabila artis kegemaran menghargai sesuatu pemberian peminat dan menggunakannya. Semestinya rasa dihargai walaupun hadiah tersebut tidaklah terlalu besar nilainya.
Seorang peminat berkongsi rasa teruja apabila artis Kpop kesayangannya bukan sahaja memakai apa yang diberikannya malah apa yang lebih penting, membawa semangat Malaysia bersama.
Ahli BTS, Taehyung pakai baju Melayu
Peminat berkenaan, Tae Tyrus berkongsi gambar kumpulan Kpop kegemarannya itu membuat persembahan pentas dengan salah seorang daripadanya memakai persalinan serba putih. Bila diamati, rupa-rupanya ahli kumpulan itu, Taehyung memakai sepasang baju Melayu cekak musang dengan topi.
Hantar hadiah Februari lalu
Sebagai bukti, gadis itu menyertakan tweetnya pada Februari lalu yang menyertakan gambar baju Melayu berkenaan yang turut disertakan butang dan sampin.
Peminat teringin tengok pakai lengkap bersampin
Akhirnya impian rakyat Malaysia tercapai
Pandai pula dia pakai masa Ramadan
Ada juga berpendapat Taehyung pandai memilih masa memakai pakaian berkenaan seolah-olah tahu Muslim seluruh dunia sedang menyambut Ramadan, mungkin dia turut tumpang sekaki teruja mahu beraya!
Sumber: Tae Tyrus