berita

Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Ganggu Tidur

July 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang ayah didakwa sanggup memukul anaknya yang berusia tiga tahun sehingga menyebabkan kematian gara-gara kanak-kanak itu mengganggunya tidur pada 23 Julai lalu di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia.

Pukul anak sebab anak ganggu tidur

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama, punca kejadian adalah kerana si ayah berang anaknya merengek serta menangis kerana ingin membuang air kecil. Ketika kejadian, isterinya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Susulan daripada itu, ayahnya yang sedang tidur itu terus terjaga dan memarahinya anaknya. Lebih kejam lagi apabila lelaki yang berusia 25 tahun itu bertindak memukul anaknya sebanyak tiga kali serta menolak ke dinding sehingga jatuh tidak sedarkan diri.

Suspek memukul mangsa dan terus tolak kanak-kanak tersebut ke dinding sehingga jatuh ke lantai.

Kakak ipar suspek yang mendengar kejadian itu terus bergegas pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang telah berlaku dan mendapati mangsa sudah tidak bergerak.

Mangsa disahkan meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Kemudiannya, mangsa dikatakan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu.

Walau bagaimanapun, keluarga mangsa telah membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan dan lelaki terbabit telah ditangkap polis. Kes disiasat di bawah Akta Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan jika didapati kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.

Sumber : Kompas

SKIP THIS AD ×