berita

Pukul Anak OKU Kekasih Sampai Mati, Lelaki Bungkus Mayat Dalam Guni & Buang Dalam Semak

January 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang juga merupakan anak kepada teman wanitanya sehingga mati. Lebih kejam apabila suspek kemudian membungkus mayat mangsa ke dalam guni sebelum dibuang di kawasan semak di Kampung Kranji, Sarawak.

Mayat budak OKU dalam guni

Foto: Borneo Network

Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsunya pada 21 Disember lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Poge Nyaon, bertindak atas laporan tersebut, pihaknya melakukan penahanan terhadap suspek yang berusia 35 tahun.

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun itu sehingga mati dan membuang mayatnya di kawasan semak. Suspek dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.

Pihak polis dipandu oleh suspek menunjukkan tempat dia membuang mayat mangsa yang dibungkus di dalam guni. Ibu mangsa yang berusia 34 tahun telah dibawa ke lokasi mayat dibuang dan mengesahkan bahawa itu adalah anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang oleh ­mangsa.

Polis turut me­nerima laporan awal daripada orang awam mengatakan seorang wanita bersama anak perempuan sulung­nya takut untuk pulang ke rumah kerana telah dipukul oleh teman lelakinya.

Menurut sumber, mayat mangsa telah dibawa Hospital Umum Sarawak di Ku­ching untuk dibedah siasat. Ibu mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×