berita

Pukul Kanak-Kanak Sampai Mati Sebab Tak Nak Makan, 3 Warga Asing Ditahan Polis

May 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Ampang, Kuala Lumpur, seorang lelaki dan dua wanita warga asing berjaya ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, semalam.

Terbaring di bahu jalan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff memberitahu mereka menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan menemui mayat kanak-kanak itu di lokasi kejadian pada jam 9.50 pagi.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut berusia dalam lingkungan enam tahun dan masih berpakaian lengkap berada dalam keadaan tidak bernyawa ketika ditemui. Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditemui dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.

Dipukul guna objek tumpul

Tambahnya, terdapat beberapa kesan lebam di bahagian tubuh mangsa termasuk di lengan dan badannya.

Mangsa dipercayai dipukul ayah tirinya menggunakan objek tumpul kerana dikatakan enggan makan. Kanak-kanak itu disyaki dipukul hingga menyebabkan kematian di lokasi lain dan dibuang oleh suspek di tempat mayatnya ditemui. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Tangkapan tiga suspek itu dilakukan di sebuah hotel di Jalan Memanda 5 yang juga lokasi mangsa disyaki dipukul. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Melalui hasil siasatan juga, sebuah tangkapan berjaya dilakukan terhadap seorang lelaki dan dua wanita warga asing yang juga pemegang kad UNHCR selang 30 minit selepas maklumat kejadian diterima.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×