berita

Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa, Majikan Mengaku Tidak Bersalah

April 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan telah didakwa atas lima pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap dua pengawal keselamatannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang.

Mengaku tidak bersalah

Ketika pertuduhan dibacakan sacara berasingan di hadapan Majistret P Suralatha, tertuduh Chung Chee Yang bersama pembantu peribadinya Choo Hin Voon telah membuat pengakuan bahawa mereka tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana telah mengugut dengan mengacukan sepucuk pistol ke arah mangsa, Mohd Azminizam.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dia juga dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa dengan sengaja dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dipenjara 10 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Pihak Mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin

Dalam pada itu, Chee Yang dituduh bersubahat mengarahkannya dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata sebatang rotan pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, tertuduh juga berdepan dengan satu lagi pertuduhan iaitu dengan niat untuk melukakan perasaan keagamaan kedua-dua mangsa dengan sengaja di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Choo Hin Voon juga akan berdepan dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa dengan sengaja dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda, atau dua daripada mana-mana hukuman itu.

Pihak Mahkamah telah membenarkan tertuduh pertama Chee Yang diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan serta RM20,000 bagi lagi dua pertuduhan, manakala Hin Voon pula, dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 atas dua pertuduhannya.

Sumber : Astro Awani 

SKIP THIS AD ×